resipi chicken mango

Kadang-kadang rasa bosan juga asyik masak lauk kuah santan ataupun masakan bersambal. Kali ni apa kata jom kita cuba masak masakan ala Thai seperti resipi Chicken Mango ini.

Dijamin satu keluarga makan berselera dan bertambah! Rasa masam, manis dan rangup bila dikunyah memang memikat hati.

Ikut saja resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

Resipi Chicken Mango Masam, Manis & Rangup

Bahan-bahan ayam:

  • Isi ayam
  • Tepung goreng ayam serbaguna
  • Minyak untuk menggoreng
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Telur

Cara-cara goreng ayam:

  1. Perap isi ayam bersama lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
  2. Pecahkan telur dalam isi ayam dan gaul rata.
  3. Salutkan ayam ke dalam tepung serbaguna. Goreng sehingga kekuningan (deep fry).

Bahan-bahan sos:

  • Plum sos
  • Sos tomato
  • Sos thai
  • Gula
  • Cili api potong
  • Asam limau nipis (perah)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali cili api dan didihkan atas api. Sukatan agak-agak sahaja.
  2. Masukkan cili api. Kalau pekat tambahkan sedikit air panas.
  3. Potong ayam yang digoreng tadi, tuangkan sos yang sudah siap dibuat.
  4. Taburkan mangga muda parut, carrot/daun ketumbar dan sedikit bawang besar. Gaul rata. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Nora Syikin Azmi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN