ayam masak lemak

Cara buat ayam masak lemak cili api style Negeri Sembilan ini tak sama macam negeri lain. Paling mudah dan senang, tapi rasa dia memang marvellous!

Kalau ada yang nak belajar cara membuatnya, ikut saja resipi perkongsian oleh Norlailanazira Mohd Agos di bawah.

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Serai
  • 20-30 biji cili api
  • Kunyit hidup
  • Santan kotak
  • Kentang
  • Daun limau purut
  • Garam

Cara-cara:

1. Cuci ayam dengan bersih. Letak dalam periuk bersama serai yang diketuk.

2. Kisar cili api dan kunyit hidup. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan ayam kecut bersama cili api, ini lah rahsia kesedapannya.

3. Bila ayam dah sebati dengan cili api, baru masukkan santan. Nak lagi sedap guna santan segar.

ayam masak lemak

4. Masukkan kentang.

5. Bila kentang dah empuk, masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.

ayam masak lemak

6. Siap! Selamat mencuba.

ayam masak lemak

Kredit: Norlailanazira Mohd Agos

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN