pancake popia

Penggemar popia wajib cuba buat Pancake Popia ni. Memang lain dari lain, jarang jumpa orang buat kan?

Caranya sangat mudah, tidak renyah dan yang penting sedap. Sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi.

Resipi hasil perkongsian oleh Tengku Roselyza ini berinspirasikan dari Korea. Wajib cicah dengan sos thai baru lagi sedap! Jom cuba.

Cara Buat Pancake Popia Lain Dari Lain

Bahan-bahan:

  • Kulit popia (brand apa-apa aje)
  • 10 ekor udang (potong kecik2)
  • 1sd lada sulah
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus @ cincang)
  • Daun kucai
  • Cili merah besar (cincang halus)
  • 2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sdb)
  • Sebiji telur
  • Sedikit tepung gandum yang dibancuh dgn air (untuk gam)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di atas kecuali kulit popia dan tepung gandum.

pancake popia

2. Kulit popia dilipat dua dan gunting.

3. Ambil sedikit bancuhan dan ratakan atas kulit popia.

4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam. Tampal atas kulit popia tadi.

5. Kemudian bolehlah goreng sehingga garing. Angkat dan siap untuk dimakan.

pancake popia

Cicah dengan sos thai.

pancake popia

Kredit: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resipi Suhun Goreng Macam Di Kedai Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN