cara masak mee kicap

Malam-malam selalu tak tahu nak makan apa? Apa kata jom buat mee kicap. Cara masak mee kicap ini pun sangat mudah dan sedap. Ikut je resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Julieta di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan

Cara Masak Mee Kicap Paling Mudah

Bahan-bahan:

  • Mee wantan, sya guna Mee Kering @ √ Dried Noodles
  • Bawang putih tumbuk halus
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Garam / Gula
  • Tepung jagung
  • Mee kering & sayur sawi (celur sekejap)
  • Ayam (diperap dengan kicap masin, kicap manis & lada sulah, kemudian goreng)
  • Daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah & kicap pekat.

2. Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa.Akhir sekali masukkan tepung jagung, kuahnya biar agak-agak pekat. Masak sehingga kuah mendidih dan boleh padam api.

cara masak mee kicap

Cara penyediaan:

1. Masukkan mee yang telah ditos tadi ke dalam bekas, gaul-gaulkan dengan sedikit kuah kicap kemudian tuang dalam mangkuk.

2. Potong nipis ayam yang sudah digoreng tad, susun atas mee bersama sayur. Akhir sekali tuang sedikit kuah kicap tadi. Hias dengan sedikit daun bawang, siap!

cara masak mee kicap

Kredit: Cik Puan Juelita

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN