ayam goreng tomyam

Tiada idea nak masak menu apa menggunakan ayam? Jom cuba Resipi Ayam Goreng Tomyam ini. Jarang dibuat orang sedangkan rasanya sangat sedap, sesuai untuk penggemar masakan pedas.

Cara memasaknya juga tidak susah serta menggunakan bahan-bahan yang mudah. Boleh cuba masak untuk makan tengahari nanti. Lihat saja cara-caranya di bawah hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah.

Resipi Ayam Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1@2 paket perencah tomyam
  • 8 batang cili padi merah
  • 8 batang cili padi hijau
  • 1 batang serai (dihiris serong)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dipotong)
  • Lobak merah(tambahan)
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Garam dan gula (jika perlu)

Cara memasak:

1. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam. Goreng ayam sehingga masak dalam minyak panas secukupnya untuk menggoreng.

2. Bila ayam dah masak, angkatkan ayam. Guna minyak yang sama untuk menumis. (keluarkan sedikit minyak)

3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas sehingga naik bau dan kekuningan.

ayam goreng tomyam

4. Masukkan cili kisar, tumis sehingga masak dan pecah minyak.

 

5. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika perlu) secukup rasa. Gaul rata.

ayam goreng tomyam

6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan ½ cawan air. Biarkan ianya mereneh sebentar dan sedikit kering.

ayam goreng tomyam

7. Angkat dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

ayam goreng tomyam

Kredit: Nurul Ateekah

Baca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini ‘Step By Step’ Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN