Ini dia resipi rendang ayam Diva AA yang marvelous, masih tak terlambat lagi kan untuk korang try walaupun syawal dah hampir kepenghujungnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam Diva AA Suasana Hari Raya

Ini dia resipi rendang ayam Diva AA yang marvelous, masih tak terlambat lagi kan untuk korang try walaupun syawal dah hampir kepenghujungnya.

BAHAN-BAHAN
  • 1 atau 1 1/2 ekor ayam

  • 1 senduk cili kisar

  • 1 kotak besar santan

  • 1 sudu besar asam jawa

  • 2 helai daun limau purut

  • Garam dan gula atau gula melaka secukup rasa

  • Minyak untuk menumis

  • Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
  • 2-3 biji bawang besar

  • 5 biji bawang merah

  • 7 ulas bawang putih

  • 3 inci halia

  • 4 ketul kunyit hidup

  • 4 inci lengkuas

  • 6 batang serai

  • 4 ketul buah keras

CARA PENYEDIAAN
  • Ayam potong 12 cuci sebersihnya dan toskan.

  • Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan, bahan kisar dan cili kisar.

  • Kemudian, kacau dengan api yang perlahan dan biarkan masak sehingga pecah minyak. Lepas pecah minyak warna bahan tumisan akan berubah menjadi sedikit kuning keperangan.

  • Masukkan ayam satu per satu supaya tidak memercik dan biarkan masak dalam 15 minit.

  • Kemudian, masukkan santan dan diikuti dengan asam jawa. Kacau sehingga sebati.

  • Setelah kuah agak kering, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.

  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

  • Bila rendang dah masak taburkan hirisan daun kunyit.

  • Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN