Jom kali ni kita try Taucu Ikan Bawal resipi Diva Azwan Ali. Semestinya simple dan sedap masak untuk lauk berbuka kejap lagi!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

2-3 orang
HIDANGAN

TAUCU IKAN BAWAL

Jom kali ni kita try Bawal Taucu resipi Diva Azwan Ali. Semestinya simple dan sedap masak untuk lauk berbuka kejap lagi!

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 2 ekor ikan bawal

  • 3 ulas bawang merah

  • 1 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • 4 sudu taucu

  • 1 biji bawang besar

  • 2 tangkai cili merah/cili hijau

  • 1 sudu asam jawa

CARA PENYEDIAAN
  • Siang ikan dan cuci bersih kemudian lumurkan garam kunyit, goreng hingga garing

  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat

  • Hiris bawang besar secara bulat-bulat kemudian cili merah dan hijau dibelah dua memanjang.

  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperang-perangan, kemudian masukkan taucu

  • Masukkan asam jawa dan setelah semua bahan sebati dan menggelegak, masukkan ikan yang digoreng tadi

  • Masukkan cili dan bawang yang dipotong. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

TIPS
  1. Jangan masukkan garam kerana taucu sudah masin
  2. Tukarkan cili merah dan hijau ke cili padi jika suka pedas
  3. Jika mahu kuahnya lagi hitam, boleh masukkan sedikit kicap

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.