Pulut dakap Kelantan sebenarnya senang dan mudah sahaja nak buat, cuma korang memerlukan cara yang betul sahaja. Pulut dakap ni memang tak sah kalau tak ada di bazaar Ramadhan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
PULUT DAKAP KELANTAN
Pulut dakap Kelantan sebenarnya senang dan mudah sahaja nak buat, cuma korang memerlukan cara yang betul sahaja. Pulut dakap ni memang tak sah kalau tak ada di bazaar Ramadhan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen di Facebook.
BAHAN-BAHAN
300 gm pulut
25 kuntum bunga telang
350 ml air
250 ml santan pekat
2 sdb gula pasir
1/2 sdk garam halus
4 buah pisang abu (belah dua)
Daun Pisang (untuk bungkus)
Secukupnya tali rafia (untuk ikat)
Kredit: Jeehan_Kitchen
CARA PENYEDIAAN
Rebus air dan bunga telang sehingga berwarna biru pekat.
Angkat dan tapiskan. Biarkan sehingga sejuk.
Cuci pulut hingga bersih, rendam dengan air bunga telang selama 2 jam.
Toskan dan kukus pulut selama 30 minit. Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas.
Panaskan santan gula pasir dan garam sehingga larut.
Tuangkan santan panas kedalam pulut kukus, kacau sebati hingga meresap, dan biarkan selama 10 minit.
Belah dua pisang abu. Layur terlebih dahulu daun pisang. Siapkan sehelai daun pisang letakkan pulut dan leperkan. Letakan potongan pisang di tengahnya dan bungkus seperti lepat.
Buat sampai habis. Dakapkan dua bungkus bersama dan ikat dengan tali rafia dengan kemas.
Kukus pulut dakap selama 25 minit sehingga masak. Angkat dan sedia dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.