PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Siapa di sini penggemar kentang? Selain dibuat goreng, kentang juga boleh disajikan dengan hidangan seperti ‘kentang berinti’. Biasanya resepi kentang berinti dimasak dalam pelbagai cara mengikut kreativiti dan citarasa sendiri. Bukan itu sahaja, ianya juga sesuai untuk mereka yang tengah berdiet. Mesti korang tertanya-tanya kan macam mana nak sediakan menu ini? Jangan risau, jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh oleh Zainoor Aliza Ali di Facebook. Selamat mencuba!

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Resepi Doh Kentang

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg kentang
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara:

  1. Kentang dibuang kulit dan dibelah enam. Rebus kentang bersama garam. Bila kentang dah lembut, angkat dan toskan.
  2. Hancurkan kentang (macam nak buat mashed potato) dan uli  bersama tepung gandum, butter dan telur. Bila dah siap uli, bulatkan doh kecil-kecil. Dohnya agak lembik. Masa nak isikan inti golekkan doh pada sedikit tepung gandum supaya tak melekat sangat pada tangan.
  3. Isikan inti ke dalam doh kemudian tekan doh supaya leper sedikit. Goreng di atas kuali dan balik-balikkan sehingga agak garing.

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Resepi Inti

Bahan-bahan:

  • 200g daging cincang
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 mangkuk sayur campur
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Cara-cara:

  1. Potong bawang besar dan tumiskan bersama sedikit minyak.
  2. Masukkan daging cincang dan biarkan seketika. Masukkan sos tiram,  rempah kari dan sayur campur.
  3. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan  garam. Kacau rata bila dah masak angkat dan sejukkan.

Tips: Minyak untuk menggoreng kentang berinti tak perlu banyak. Cukup sekadar separuh tenggelam sahaja.

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Selamat Mencuba

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN