PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-03 18:19:59

Di Amerika Utara, perkataan "makaroni" sering digunakan secara sinonim dengan makaroni berbentuk siku kerana ini adalah jenis makaroni yang sering digunakan dalam pelbagai jenis resepi makaroni . Makaroni juga boleh dimasak dalam pelbagai cara sebagai contoh dengan cara membakarnya.

 

Jadi apa kata kita cuba resepi makaroni bakar yang dikongsikan oleh Nik Zamzurina Nik Mohamed di kumpulan Aneka Resepi di Facebook.

 

 

Kredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed

 

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makaroni (direbus)
  • 300 gram daging kisar
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • Cheese Mozzarella (lagi banyak lagi sedap)
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak

 

Kredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed

 

Bahan hiasan:

Daun bawang, daun sup, cili besar, Sos cili dan mayonis.

 

 

Kredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed

 

Cara-cara:

  1. Makaroni direbus dan ditoskan air.
  2. Tumiskan bawang merah bersama bawang putih hingga garing dan naik bau. Masukkan daging kisar kacau hingga garing sedikit. Masukkan kentang, serbuk kari dan kiub ayam. Gaul rata. Masukkan sedikit air kemudian gula dan garam. Masak hingga kentang jadi empuk.
  3. Masukkan makaroni. Campur susu bersama telur. Kacau dan tuang ke dalam kuali. Gaul sekejap hingga sebati dengan api yang perlahan. Tutup api.
  4. Alaskan loyang 8×8 dengan baking paper. Tuang makaroni tadi separuh dalam loyang. Kemudian tabur cheese mozzarella ke semua tempat. Ulang proses tadi kemudian tabur cheese menutup semua permukaan. Bakar suhu 160' selama 20min sehingga cheese cair.
  5. Bila makaroni dah sejuk, keluarkan dari loyang. Masukkan sos cili dan mayonis ke dalam plastik. Gunting hujung dan paipkan berselang seli atas macaroni kemudian tabur daun bawang, daun sup dan cili. 

 

Kredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed

 

 

Kredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed

 

Selamat Mencuba

Kredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN