PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-03 03:52:36

KFC Loaded Potato Bowl terdiri daripada kentang putar, jagung, ayam goreng tanpa tulang dan sos cheezy wedges. Kuantitinya pula berbeza mengikut cawangan KFC. Disebabkan menu ini merupakan menu bermusim, pelanggan setia KFC mesti kempunan hidangan ini sehinggalah ia muncul kembali. Jadi, untuk menghilangkan kempunan penggemar menu loaded potato bowl ini, lebih baik buat sendiri di rumah. Jom cuba resepi Loaded Potato Bowl ala KFC yang dikongsikan oleh Tyra Manan di kumpulan Resepi Masakan Dan Petua di Facebook.

 

 

Mashed Potato

Bahan-bahan:

  • Kentang 1kg
  • Butter 100g (potong dadu)
  • Whipping cream 100ml
  • Air  50ml (bukan untuk rebus kentang tau)
  • Black pepper
  • Garam secukup rasa 

Cara-cara:

  1. Rebus kentang sampai betul-betul lembut. 
  2. Lepas itu campurkan je semua bahan, gaul sampai butter tu cair. 

 

Kredit: Tyra Manan

 

 

Ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam dada potong dadu
  • Tepung bestari

 

Cara-cara:

  1. Bancuh tepung dengan air.
  2. Kemudian goreng dalam minyak panas.

 

Kredit: Tyra Manan

 

 

Bahan topping:

  • Jagung rebus
  • Cheese yang dibancuh dengan air panas 
  • Mayonis

*Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit. 

 

 

Cara nak letak dalam bowl:

  1. Buat lapis-lapis tapi ikut la nak buat macam mana. 
  2. Mula-mula letak mashed potato, kemudian letak sos cheese & mayonis pastu letak lagi potato dan ulang langkah tadi mengikut berapa banyak lapisan yang diinginkan. 
  3. Akhir sekali baru letak jagung, ayam goreng & curahkan sos cheese dengan mayonis.

 

Kredit: Tyra Manan

 

Selamat Mencuba

Kredit: Tyra Manan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN