Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan menggunakan pelbagai jenis rempah. Namun, sebenarnya cara memasaknya cukup mudah dan tidak memerlukan banyak langkah yang sukar.
Hidangan ini menggabungkan ayam yang dimasak bersama rempah briyani, yogurt dan bahan tumisan sehingga menghasilkan rasa rempah yang kaya serta aroma yang harum. Nasi basmati pula dimasak bersama ayam secara berlapis untuk memberikan rasa yang lebih sebati.
Untuk melengkapkan hidangan, sediakan juga briyani ‘raita’ yang menyegarkan dengan gabungan timun, tomato dan yogurt. Sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk makan bersama keluarga!
Baca juga: Resipi Kurma Ayam Telur Rebus, Sekali Masak Terus Dapat Dua Lauk Dalam Satu Hidangan!
RESEPI NASI BRIYANI AYAM
Bahan-bahan:
Bahan tumisan dan ayam:
- 1 ½ sudu besar mentega
- 2 biji bawang merah, dihiris
- 5–6 ulas bawang putih, dihiris
- 2 sudu besar pes halia
- 1 batang cili hijau besar
- 1 biji tomato, dipotong 6
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 2–3 sudu besar rempah briyani
- Sedikit air
- 2 sudu kecil garam masala (dibahagikan kepada dua bahagian)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu besar yogurt asli
- Ayam secukupnya
Bahan nasi:
- Beras basmati secukupnya
- Air untuk merebus
- Sedikit pewarna merah
- Sedikit pewarna kuning
- Kacang gajus secukupnya
Bahan briyani raita:
- 1 biji timun, dipotong dadu
- 1 biji tomato, dipotong dadu
- 1 biji bawang merah kecil, dihiris
- 3 sudu besar yogurt asli
- 1 sudu kecil garam
- Secubit serbuk ketumbar
- Sedikit gula
- Sedikit jus lemon
Cara penyediaan:
- Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan pes halia, cili hijau dan tomato. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, rempah briyani dan sedikit air. Kacau rata.
- Tambahkan 1 sudu kecil garam masala dan serbuk kunyit. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati dengan rempah.
- Masukkan baki 1 sudu kecil garam masala bersama yogurt asli. Kacau rata dan masak sehingga ayam empuk.
- Dalam periuk berasingan, didihkan air dan masukkan beras basmati. Rebus selama 10 minit sebelum ditoskan sehingga airnya kering.
- Untuk proses melapis, masukkan satu lapisan nasi ke dalam periuk, diikuti ayam. Ulangi proses sehingga semua bahan habis.
- Titiskan sedikit pewarna merah dan kuning di atas nasi. Taburkan kacang gajus.
- Tutup periuk dan masak menggunakan api perlahan selama 30 minit. Kemudian, tutup api dan biarkan selama 40 minit sebelum dihidangkan.
- Masukkan timun, tomato dan bawang merah ke dalam mangkuk.
- Tambahkan yogurt asli, garam, serbuk ketumbar, gula dan jus lemon.
- Gaul sehingga semua bahan sebati. Sedia untuk dinikmati bersama nasi briyani ayam.
Sumber: Threads @itsmeaini33
Baca juga: Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

