Sayur bening betik antara hidangan kampung yang menggunakan betik mengkal, iaitu betik yang belum masak sepenuhnya dan masih mempunyai isi keras serta rangup. Berbeza dengan betik masak yang lembut dan manis, betik mengkal lebih sesuai dijadikan sayur kerana teksturnya tak hancur apabila dimasak.
Untuk menghasilkan kuah yang cukup rasa, betik dimasak bersama ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan beberapa bahan lain. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan kuah bening yang ringan dengan rasa manis semula jadi daripada betik serta sedikit rasa pedas.
Cara memasaknya juga tidak rumit kerana bahan-bahan hanya perlu ditumbuk kasar dan direbus sebelum betik dimasukkan. Paling nikmat apabila sayur bening betik ini dimakan bersama nasi putih panas, ikan goreng dan sambal belacan.
Baca juga: Ramai Tak Tahu Petua Sayur Masak Lemak Jadi Lagi Sedap, Bahan INI Kena Tumbuk Dulu!
RESIPI SAYUR BENING BETIK

Bahan-bahan:
- Betik mengkal secukupnya (dipotong serong)
- Sedikit ikan bilis
- 1 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- 1 helai daun kunyit
- Sedikit lada hitam
- Air secukupnya
- Garam dan bahan perasa secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan lada hitam.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama air secukupnya.
- Masukkan daun kunyit dan biarkan kuah mendidih supaya aroma bahan-bahan tadi sebati.
- Kemudian, masukkan betik mengkal yang telah dipotong serong.
- Rebus sehingga betik empuk tetapi masih elok bentuknya.
- Perasakan dengan garam dan bahan perasa mengikut cita rasa.
- Setelah betik masak dan kuah sebati, tutup api.
- Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas, ikan goreng dan sambal belacan.
Sumber: Siti Othman
Baca juga: Ada Lebihan Sayur Dalam Peti Ais? Cuba Resipi Sayur Goreng Campur Bebola Daging Ini!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

