Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal digaul bersama cili, serai, bawang dan kerisik, kemudian diseimbangkan dengan rasa masam, manis serta pedas. Sekali mula meratah, memang susah nak berhenti.

Ada yang suka makan kaki ayam dalam sup, ada juga yang gemar masak kicap. Kali ini cuba pula olah menjadi kerabu yang rasanya lebih menyengat dengan campuran bahan-bahan segar.

Menariknya, resipi ini tidak memerlukan banyak langkah memasak. Selepas kaki ayam direbus hingga empuk, hanya perlu gaulkan dengan bahan tumbuk dan hirisan sayur. Siap untuk dinikmati!

Baca juga: Cara Buat Kerabu Laksa Thai, Rasa Masam Manis Pedas Buat Nak Menambah Berkali-Kali!

RESEPI KERABU KAKI AYAM

resepi kerabu kaki ayam

Bahan A (ditumbuk):

  • Sedikit cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 4 biji cili merah besar
  • Sedikit belacan (dibakar seketika)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan B (dihiris):

  • 2 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1 batang lobak merah (disagat halus)
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit daun bawang (jika suka)

Bahan C:

  • 2-3 sudu besar kerisik
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Sedikit cuka
  • Sedikit sos cili (jika suka)
  • Sedikit perasa (jika suka)

Bahan utama:

  • Kaki ayam secukupnya
  • 1 batang serai untuk merebus

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan kaki ayam terlebih dahulu. Kemudian, rebus bersama sebatang serai sehingga empuk. Setelah masak, angkat dan toskan airnya.
  2. Masukkan kaki ayam yang telah direbus ke dalam mangkuk besar.
  3. Tambahkan bahan A yang telah ditumbuk bersama kaki ayam. Gaul supaya bahan tumbuk bersalut rata.
  4. Masukkan semua bahan B yang telah dihiris, termasuk serai, bawang besar, tomato, lobak merah, cili merah dan daun bawang.
  5. Tambahkan kerisik, air asam jawa, cuka dan sedikit sos cili jika suka.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
  7. Siap! Kerabu kaki ayam sedia untuk dinikmati.

Tip: Jika suka kerabu yang lebih menyengat, boleh tambah cili padi mengikut tahap kepedasan yang diinginkan. Pastikan kaki ayam direbus sehingga betul-betul empuk supaya lebih mudah dimakan.

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending