Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan jualan makan tengah hari tertinggi dalam sejarah sejak mula beroperasi!

Lebih menarik, rekod tersebut dicapai pada hari pertama restoran berkenaan menggunakan sistem tempahan menerusi platform Grab. Sambutan pelanggan yang menggalakkan menyebabkan jumlah pesanan makanan diterima sangat banyak sehingga mencipta rekod baharu bagi sesi makan tengah hari.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Khairul Aming memaklumkan bahawa pelaksanaan sistem tempahan baharu itu berjalan lancar setakat ini. Beliau turut meluahkan rasa syukur atas sokongan pelanggan yang memilih Rembayung sebagai destinasi menjamu selera.

Baca juga: Ramai Susah Dapat Slot, Khairul Aming Umum Rembayung Kini Uji Sistem Tempahan Baru Untuk Atasi ‘Scalper’

REMBAYUNG KHAIRUL AMING MENCATATKAN REKOD JUALAN BAHARU!

rembayung khairul aming

Bagaimanapun, jumlah pesanan yang diterima turut menyebabkan sedikit kelewatan dalam penyediaan dan pengeluaran makanan kepada pelanggan.

Susulan keadaan tersebut, Khairul Aming mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada pelanggan yang terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa. Beliau memahami keadaan itu mungkin menjejaskan pengalaman menjamu selera sesetengah pelanggan pada hari berkenaan.

Dalam perkongsian sama, beliau turut berkongsi rasa terharu apabila melihat pelanggan berpuas hati sepanjang kunjungan mereka ke restoran tersebut.

Pencapaian itu pastinya menjadi satu perkembangan positif buat Rembayung, lebih-lebih lagi apabila sistem tempahan baharu yang diperkenalkan menerima sambutan menggalakkan sejak hari pertama.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan sokongan dan menjadikan hari pertama penggunaan sistem Grab Dine Out sebagai satu kenangan bermakna buat pasukan Rembayung.

Sumber: Threads @khairulaming

Baca juga: Suasana Rembayung Tiba-Tiba Kecoh & ‘Huru-Hara’, Khairul Aming Tampil Dedah Punca Sebenar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending