Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan sambal tumis. Selain daun kari, daun pandan, daun kesum, daun kunyit, daun salam dan daun limau purut juga sering menjadi bahan penting untuk menaikkan aroma masakan.
Namun, daun-daun ini mudah kering dan kecut jika disimpan terlalu lama. Kadang-kadang baru beberapa hari dibeli, keadaannya sudah tidak segar dan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Menerusi perkongsian Kak Ida, ada cara mudah untuk menyimpan daun-daun masakan ini supaya tahan lebih lama. Menariknya, hanya perlu menggunakan botol dan menyimpannya di dalam peti sejuk biasa. Kaedah ini dikatakan boleh membantu mengekalkan kesegaran daun sehingga sebulan.
Baca juga: Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!
Cara Simpan Daun Kari Dan Daun Masakan Lain

Berikut merupakan cara-caranya:
- Masukkan daun-daun masakan ke dalam botol.
- Tidak perlu rendam daun di dalam air atau membasuhnya terlebih dahulu.
- Tutup botol dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk biasa, bukan bahagian sejuk beku.
- Setiap kali mengambil daun, pastikan botol ditutup semula dengan rapat.
- Daun boleh disimpan menggunakan kaedah ini dan dikatakan mampu bertahan sehingga sebulan.
Menurut Kak Ida, cara ini boleh dicuba bagi mengelakkan daun cepat kering dan kecut selepas beberapa hari dibeli. Jadi, selepas ini tak perlulah terlalu kerap membeli daun-daun masakan kerana boleh menyimpannya lebih awal menggunakan cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Ida’s Kitchen
Baca juga: Cara Simpan Pisang Supaya Tahan Hingga 2 Minggu, Tak Sangka Petua Ini Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

