Cara rebus kupang sebenarnya mudah dan tak memerlukan banyak bahan. Tak perlu tambah air atau garam pun kerana kupang akan mengeluarkan airnya sendiri apabila dipanaskan. Cuma, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian supaya kupang masak dengan sempurna.

Bagi yang gemar makan kupang rebus begitu sahaja, teknik ini sesuai dicuba di rumah. Apabila direbus, kupang akan mengeluarkan air dan kulitnya mula terbuka apabila semakin masak. Proses ini juga memudahkan kita mengenal pasti kupang yang sudah terbuka untuk dihidangkan.

Kalau nak makan kupang begitu sahaja atau ratah panas-panas, boleh juga masukkan bawang, serai dan daun kunyit untuk menambahkan aroma. Jom ikuti cara rebus kupang yang mudah ini supaya boleh dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Rebus Tulang Cepat Empuk, Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Guna Periuk Biasa Je Di Rumah!

Cara Rebus Kupang Tanpa Air & Garam

cara rebus kupang

Bahan-bahan:

  • Kupang secukupnya
  • Bawang (jika suka)
  • Serai (jika suka)
  • Daun kunyit (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan kupang terlebih dahulu. Buang segala kotoran yang melekat pada kulit dan tarik keluar rambut atau serabutnya jika ada. Bilas hingga bersih.
  2. Masukkan kupang ke dalam periuk tanpa menambah air atau garam.
  3. Tutup periuk dan panaskan menggunakan api sederhana. Kupang akan mengeluarkan airnya sendiri apabila mula panas.
  4. Tunggu sehingga air kupang mendidih dengan banyak. Apabila sudah mendidih, kacau kupang supaya masak dengan lebih sekata.
  5. Teruskan memasak sehingga kulit kupang terbuka dan isinya masak sepenuhnya. Pastikan kupang dimasak dengan sempurna sebelum diangkat.
  6. Jika mahu makan kupang rebus begitu sahaja, boleh terus hidangkan. Untuk aroma yang lebih harum, masukkan bawang, serai dan daun kunyit ketika merebus.
  7. Buang kupang yang kulitnya masih tertutup selepas dimasak. Kupang yang berbau pelik atau isinya meragukan juga tidak patut dimakan.

Tip tambahan: Tak perlu tambah garam kerana air yang keluar daripada kupang sudah mempunyai rasa masin semula jadi. Jika suka aroma yang lebih wangi, rebus bersama bawang, serai dan daun kunyit mengikut cita rasa.

Sumber: Saufiah Ismail

Baca juga: Cara Simpan Bawang Putih Frozen, Buat Macam Ini Tak Perlu Cincang Setiap Kali Masak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending