Puding roti coklat ini sesuai untuk anda yang mahu menghabiskan lebihan roti sebelum tamat tempoh. Daripada membiarkan roti tidak terusik, apa kata olah menjadi pencuci mulut yang manis dan menyelerakan?

Menariknya, anda tidak memerlukan ketuhar untuk menyediakan puding roti ini. Penggunaan air fryer menjadikan proses memasak lebih praktikal, terutama bagi anda yang mahukan hidangan homemade tanpa perlu bersusah payah.

Gabungan roti yang lembut dengan coklat cip memberikan rasa manis yang pasti memikat hati penggemar coklat. Apabila dinikmati ketika masih suam, coklat cip yang cair menambahkan lagi kelazatan setiap suapan. Jadi, jika anda sedang mencari idea minum petang yang mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan, resipi puding roti coklat ini memang berbaloi untuk dicuba!

Baca juga: Resipi Puding Strawberi Coklat, Ada Dua ‘Filling’ Dalam Satu Puding Yang Buat Ramai Tertarik!

RESIPI PUDING ROTI COKLAT

puding roti coklat

Bahan-bahan:

  • Roti secukupnya, dicarik kecil
  • Coklat cip secukupnya
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara penyediaan:

  1. Carik roti kepada kepingan kecil dan masukkan ke dalam bekas tahan panas yang sesuai untuk air fryer.
  2. Taburkan coklat cip di atas roti mengikut citarasa.
  3. Campurkan susu penuh krim, telur, esen vanila, gula dan mentega ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
  4. Panaskan campuran tadi di dalam kuali menggunakan api perlahan sehingga mula muncul gelembung kecil. Jangan biarkan adunan mendidih.
  5. Tuangkan campuran susu ke atas roti sehingga roti menyerap cecair tersebut.
  6. Masukkan bekas ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 160°C selama 7–10 minit atau sehingga masak.

Tip: Masa memasak mungkin berbeza mengikut jenis roti, saiz bekas dan model air fryer. Pastikan bahagian tengah puding sudah masak sebelum dihidangkan.

Sumber: Threads @meyrabdullah

Baca juga: Resipi Puding Pandan Gula Melaka Yang Manis Memikat, Buat Loyang Besar Pun Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending