Resepi lempeng dada ini antara pilihan yang sesuai untuk sarapan atau hidangan ringan apabila mahukan sesuatu yang tidak rumit. Teksturnya lembut dengan rasa yang sederhana, jadi ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis hidangan mengikut selera.
Untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, lempeng ini boleh dinikmati bersama sambal kegemaran. Jika masih ada lebihan sambal nasi lemak semalam, panaskan sahaja dan jadikan pencicah untuk lempeng. Gabungan lempeng yang lembut dengan sambal yang pedas dan berperisa memang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Bagi yang lebih menggemari rasa manis, lempeng ini juga boleh disapu jem, madu, atau susu pekat. Mahu yang paling ringkas? Cicah sahaja dengan gula pun sudah cukup untuk menghasilkan rasa manis yang sederhana dan mengingatkan kepada sarapan di rumah.
Baca juga: Resipi Lempeng Sagu Sarawak Yang Rangup Di Luar, Sedap Dicicah Gula Atau Sambal
RESEPI LEMPENG

Bahan-bahan:
- 3 senduk makan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak
- ¾ cawan air
Cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, telur, garam, dan minyak ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus dikacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul. Pastikan teksturnya agak cair, seperti adunan lempeng.
- Panaskan kuali tidak melekat. Angkat kuali daripada api, kemudian tuangkan sedikit adunan sambil melenggangkan kuali supaya adunan tersebar nipis dan sekata.
- Letakkan semula kuali di atas api dan biarkan lempeng masak sempurna.
- Setelah masak, angkat lempeng dan letakkan di atas pinggan.
- Gulung lempeng atau biarkan dalam bentuk kepingan mengikut pilihan.
- Siap untuk dihidangkan dengan sambal sardin atau gula mengikut cita rasa anda!
Sumber: Threads @atamayujasmi
Baca juga: Resipi Lempeng Ubi Gula Merah Yang Lembut, Wangi & Lemak Manis, Simple Tapi Mengenyangkan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

