Kalau nak sarapan yang cepat tetapi tetap penuh rasa, bihun goreng tomyam simple ini memang boleh dicuba. Gabungan pes tomyam, cili api, serai dan daun limau purut menghasilkan bihun yang pedas, wangi dan cukup menyelerakan.

Resipi ini juga mudah disediakan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur. Nak tambah udang, sotong atau isi ayam pun boleh mengikut bahan yang ada dan selera masing-masing.

Baca juga: Masak Nasi Goreng Cili Kering, Resipi Legend Air Tangan Emak Yang Simple Tapi Sedap

BIHUN GORENG TOMYAM SIMPLE, MUDAH MASAK & SEDAP

bihun goreng tomyam simple

Resipi ini dikongsikan oleh Marsitah Ibrahim di Facebook. Cara membuatnya tidak jauh berbeza daripada bihun goreng biasa, cuma ditambah pes tomyam dan beberapa bahan yang memberikan aroma serta rasa tomyam yang lebih kaw.

Bahan-bahan:

  • 1 pek bihun, direndam selama 3 jam dan ditoskan
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • 3 batang cili api, diketuk
  • 1 biji bawang besar, diracik
  • 3 ulas bawang putih, diracik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai, diketuk
  • Lobak merah, dipotong halus memanjang
  • Daun ketumbar jika suka
  • Udang, sotong atau isi ayam mengikut pilihan
  • Garam dan perasa secukupnya jika perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumis bawang putih, bawang besar, cili api, serai dan daun limau purut sehingga sedikit layu dan naik bau.

3. Masukkan pes tomyam dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.

4. Masukkan udang, sotong atau isi ayam. Kacau dan masak sehingga protein hampir masak.

5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.

6. Masukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau dan gaul sehingga sebati dengan bahan tumisan.

7. Masukkan lobak merah dan gaul rata.

8. Perasakan dengan garam atau perasa jika perlu.

9. Apabila bihun sudah masak, taburkan daun ketumbar jika suka.

10. Tutup api dan hidangkan bihun goreng tomyam ketika masih panas.

Tips Buat Bihun Goreng Tomyam

  • Jangan letak terlalu banyak air kerana bihun boleh menjadi lembik apabila dimasak.
  • Cili api boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan yang disukai.
  • Daun limau purut dan serai jangan ditinggalkan kerana kedua-duanya membantu memberikan aroma tomyam yang lebih wangi.
  • Gunakan udang, sotong atau ayam mengikut bahan yang ada di rumah.
  • Jika bihun terlalu kering ketika digoreng, boleh tambah sedikit air secara berperingkat dan gaul sehingga mendapat tekstur yang sesuai.

Selamat mencuba!

Sumber: Marsitah Ibrahim

Baca juga: Bihun Goreng Putih Simple, Tak Banyak Bahan Tapi Rasanya Sedap Dengan Cili Kicap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending