Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza M. Salim menerusi laman sosial Facebook miliknya. Lauk ini menggabungkan terung yang lembut dengan sambal berlado yang pedas dan cukup menyelerakan.
Menariknya, telur dipecahkan terus ke dalam sambal selepas terung digaul bersama sambal yang sudah dimasak. Telur kemudian dibiarkan masak perlahan-lahan sehingga putihnya set, manakala kuning telur boleh dibiarkan sedikit cair mengikut citarasa.
Hidangan ini memang sesuai untuk menu makan tengah hari atau makan malam, lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama nasi putih panas. Sambal yang pedas bersama terung lembut dan telur menjadikan lauk ringkas ini cukup membuka selera.
Baca juga: Resipi Terung Bakar Air Fryer, Buat Macam Ini Tak Perlu Risau Terhangus Jika Bakar Atas Api
RESIPI TERUNG BERLADO PECAH TELUR

Bahan-bahan:
- 2–3 biji terung ungu
- 2 biji telur
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
- Sedikit garam
- 8–10 biji cili api merah
- 3 biji cili merah besar
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- ½ sudu kecil belacan (jika suka)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit air limau kasturi
Cara-cara penyediaan:
- Potong terung mengikut saiz yang disukai. Gaulkan dengan sedikit garam.
- Panaskan minyak dan goreng terung hingga lembut serta bahagian kulitnya sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
- Kisar kasar cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih, tomato dan belacan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga sambal masak dan pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
- Masukkan terung goreng dan gaul perlahan supaya terung tidak mudah hancur.
- Buat dua lubang di tengah sambal, kemudian pecahkan sebiji telur ke dalam setiap lubang.
- Tutup kuali dan masak menggunakan api kecil sehingga putih telur masak. Biarkan kuning telur pada tahap yang disukai.
- Akhir sekali, renjiskan sedikit air limau kasturi sebelum dihidangkan.
Tip: Kalau nak telur nampak cantik dan kuningnya kekal elok, elakkan mengacau selepas telur dipecahkan. Terus tutup kuali dan biarkan telur masak perlahan-lahan.
Baca juga: Terung Celup Tepung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Sahaja
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

