Resepi japchae ini sesuai untuk mereka yang mahu menyediakan hidangan ringkas tetapi tetap nampak istimewa. Siapa sangka gabungan suhun, sayur, dan cendawan boleh menjadi hidangan yang begitu menyelerakan.
Kadang-kadang hidangan yang paling ringkas inilah yang paling cepat habis. Tambahan pula, chili crisp memberikan rasa pedas dan aroma yang membuatkan japchae ini lebih menyelerakan.
Chili crisp menjadi sentuhan utama dalam resipi ini, memberikan rasa pedas dan aroma yang menaikkan selera. Sesuai untuk makan tengah hari atau malam, terutamanya apabila teringin menu yang berbeza tanpa perlu menyediakan hidangan yang terlalu rumit.
Baca juga: Resipi Suhun Kubis Cina, Cepat Siap & Sedap! Sesuai Sangat Bila Tak Tahu Nak Masak Apa
RESEPI JAPCHAE

Bahan-bahan:
- 1 ikat bayam atau kangkung
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair
- Cendawan fungus hitam
- Suhun atau vermicelli
- 5 sudu besar chili crisp
Cara penyediaan:
- Celur bayam atau kangkung sehingga layu, kemudian toskan.
- Rendam atau rebus suhun sehingga lembut mengikut arahan pada bungkusan, kemudian toskan.
- Masukkan sayur yang telah dicelur, suhun dan cendawan telinga kera ke dalam mangkuk.
- Tambahkan kicap cair, sos tiram dan chili crisp.
- Gaul semua bahan sehingga sebati.
- Rasa dan tambah kicap, sos tiram atau chili crisp mengikut cita rasa. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: Threads @itskewlkiwee
Baca juga: Sup Lobak Putih Campur Suhun, Rendam Air Garam Dulu Barulah Bau Tak Terlalu Kuat
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

