Inilah cara masak bubur santan yang merupakan hidangan yang sesuai dinikmati apabila menginginkan sesuatu yang lembut, berkrim, dan mengenyangkan. 

Penggunaan nasi yang telah dimasak juga menjadikan tekstur bubur lebih cepat terbentuk tanpa perlu bermula dengan beras mentah. 

Gabungan rasa lemak santan dengan udang serta sayur-sayuran menjadikan bubur ini lebih berperisa berbanding bubur nasi biasa.

Baca juga: Resipi Bubur Nasi Ringkas, Masak Guna ‘Rice Cooker’ Pun Boleh Jadi Lembut & Hancur Elok!

CARA MASAK BUBUR SANTAN

cara masak bubur santan
Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi yang telah dimasak
  • 200 g udang, dibersihkan
  • 1 batang lobak merah, dipotong dadu
  • 1 biji kentang, dipotong dadu
  • 1 cawan sawi, dipotong
  • 100 ml santan
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 cawan air
  • ½ sudu kecil lada putih
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • ½ sudu kecil garam atau secukup rasa
  • ½ sudu kecil perasa, jika digunakan
  • 2 sudu besar daun sup, dihiris
  • 2 sudu besar daun bawang, dihiris
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan nasi yang telah dimasak. Kacau dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga sayur mula empuk.
  4. Tuangkan sedikit santan, kemudian masukkan udang dan sawi. Kacau perlahan supaya santan sebati.
  5. Perasakan dengan garam, perasa, lada putih dan lada hitam mengikut citarasa.
  6. Setelah semuanya masak, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dinikmati!

Sumber: Threads @kenmiraaa

Baca juga: Resipi Bubur Talbinah, Hidangan Sunnah Dari Barli Yang Mudah Dibuat & Banyak Khasiat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending