Telur dadar goreng ini memang lain daripada telur dadar biasa. Telur dibuat nipis dan garing terlebih dahulu, kemudian dipotong, dicelup telur dan disalut dengan tepung sebelum digoreng sekali lagi hingga rangup.
Menariknya, hasil akhir telur ini dikatakan mempunyai rasa dan tekstur yang seakan-akan kulit ayam goreng di pasar malam. Jadi, kalau suka bahagian kulit ayam yang rangup dan garing, resipi ini memang boleh cuba.
Bahan yang digunakan pun sangat ringkas. Hanya perlu sediakan telur, sedikit minyak dan tepung untuk menghasilkan telur goreng crispy yang boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk dengan nasi panas.
Baca juga: Cara Goreng Telur Mata Yang ‘Perfect’, Putih Rangup Tapi Kuning Tak Pecah & Masih Cair
RESIPI TELUR DADAR GORENG RANGUP

Bahan-bahan:
- 1 biji telur ayam
- Sedikit minyak
- Tepung kering secukupnya
- Telur untuk celupan
Cara-cara penyediaan:
- Pecahkan sebiji telur ayam. Tidak perlu tambah garam.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan ratakan minyak supaya permukaan kuali bersalut nipis.
- Apabila minyak sudah panas, masukkan telur dan dadarkan nipis.
- Biarkan telur masak sebelum diterbalikkan. Pastikan kedua-dua bahagian telur digoreng hingga nipis dan garing.
- Angkat telur dan potong mengikut bentuk atau saiz yang disukai.
- Celup kepingan telur tadi ke dalam telur.
- Selepas itu, salutkan dengan tepung kering hingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng telur yang telah disalut tepung hingga rangup serta berwarna keperangan.
- Angkat dan toskan minyak. Telur dadar goreng crispy sedia untuk dinikmati.
Sumber: Roshanieza Ieza
Baca juga: Resipi Sambal Telur Rebus Ini Istimewa, Letak Kerisik Buat Rasanya Lebih Berlemak Ala Rendang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

