Resepi kacang tanah goreng rangup sebenarnya mudah saja. Tak perlu bahan yang banyak, cuma kena tahu cara goreng dan bila masa yang sesuai untuk angkat kacang dari kuali.
Ramai yang tunggu sampai kacang nampak betul-betul perang sebelum diangkat. Padahal, kacang masih akan terus masak dan menjadi lebih garing selepas dikeluarkan daripada minyak.
Kalau nak buat stok kacang goreng untuk kudap-kudap atau kisar menjadi kuah kacang pecal, ikut beberapa langkah mudah ini supaya kacang masak sekata, wangi dan kekal rangup.
Baca juga: Petua Pilih Tomato, Yang Merah Oren Tanda Dah Masak & ‘Topi’ Hijau Tanda Isi Padat
RESEPI KACANG TANAH GORENG RANGUP

Bahan-bahan:
- Kacang tanah
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Pilih kacang tanah yang elok. Buang kacang yang rosak, hitam atau berubah warna.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
- Masukkan kacang tanah dan goreng sambil dikacau selalu supaya warnanya masak sekata.
- Goreng sehingga kacang bertukar kepada warna perang keemasan. Jangan tunggu sehingga terlalu gelap kerana kacang masih akan terus garing selepas diangkat.
- Angkat kacang dan toskan minyak dengan baik.
- Biarkan kacang sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau dikisar untuk dijadikan kuah kacang pecal.
Tip goreng kacang tanah:
- Gunakan kacang tanah yang elok dan asingkan kacang yang rosak atau hitam.
- Gunakan api sederhana supaya kacang masak hingga ke dalam tanpa cepat hangus.
- Kacau kacang selalu supaya warnanya sekata.
- Angkat sebaik sahaja kacang bertukar perang keemasan kerana ia akan terus masak selepas dikeluarkan daripada minyak.
- Untuk dibuat kuah kacang, pastikan kacang benar-benar sejuk sebelum dikisar.
Sumber: Azizah Faizanfalil
Baca juga: Cara Rebus Ubi Madu Cameron, Ikut Petua Ini Supaya Cepat Empuk Dan Sedap Dimakan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

