Tempe mendoan merupakan antara hidangan yang popular dalam masakan Indonesia, terutama di Jawa. Tempe juga memang sudah lama menjadi makanan tradisional masyarakat di sana dan cukup terkenal sebagai sajian berasaskan kacang soya yang mudah diolah.

Kalau biasa makan tempe yang digoreng sampai garing, versi mendoan ini sedikit berbeza. Tempe disalut dengan adunan tepung dan digoreng sekejap sahaja, jadi hasilnya lebih lembut dengan salutan tepung yang tidak terlalu rangup.

Menariknya, tempe mendoan biasanya dinikmati panas-panas bersama pencicah. Nak buat sendiri di rumah pun tidak susah, malah sesuai sangat dijadikan kudapan petang atau lauk tambahan untuk makan tengah hari.

Baca juga: Resepi Kuah Bakso Original Indonesia, Kuah Pekat Berempah Dengan Rasa Daging Lebih Kaw!

RESIPI TEMPE MENDOAN

tempe mendoan

Bahan utama:

  • Tempe secukupnya (dihiris nipis)
  • Daun bawang secukupnya (dihiris)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Bahan adunan tepung:

  • 4 sudu makan tepung gandum
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Serbuk bawang putih secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan sos pencicah:

  • Kicap secukupnya
  • Cili padi secukupnya
  • Bawang putih secukupnya
  • Jus limau nipis secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, serbuk bawang putih, garam dan serbuk lada putih ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semua bahan sebati dan menjadi adunan yang rata.
  3. Masukkan daun bawang yang telah dihiris dan kacau sebati.
  4. Masukkan hirisan tempe ke dalam adunan tepung. Gaul perlahan-lahan hingga setiap keping tempe disalut rata.
  5. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng tempe yang telah disalut sehingga tepung masak. Angkat dan toskan.
  6. Untuk menyediakan sos pencicah, masukkan kicap, cili padi dan bawang putih ke dalam mangkuk.
  7. Tambahkan jus limau nipis dan gaul semua bahan hingga sebati.
  8. Hidangkan tempe mendoan bersama sos pencicah. Sedap dinikmati ketika masih panas.

Tip: Tempe mendoan secara tradisional tidak digoreng terlalu lama hingga salutan menjadi rangup. Jadi, goreng sekadar sehingga adunan tepung masak untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut.

Sumber: TikTok @annisamazayaa

Baca juga: Jiran Ajar Cara Buat Sambal Goreng, Resipi Mantap Dari Indonesia

Resipi 20 Minit Siap

The request cannot be completed because you have exceeded your quota.

Resipi Trending