Resipi Nasi Goreng Cina Simple ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan mudah, tidak pedas dan tidak memerlukan banyak kerja di dapur, terutamanya selepas seharian bekerja dan pulang dalam keadaan yang penat.
Gabungan udang, telur, sayur-sayuran dan sedikit minyak bijan memberikan aroma harum serta rasa yang cukup menyelerakan tanpa perlu menggunakan terlalu banyak perencah.
Ketika kurang sihat atau sekadar mengidam makanan yang panas dan menyamankan, resipi ini boleh menjadi pilihan. Sesuai dinikmati ketika perut mula lapar tetapi tenaga untuk memasak sudah berkurangan.
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi
RESIPI NASI GORENG CINA SIMPLE

Bahan-bahan:
- 3–4 ulas bawang putih, dicincang
- 1 biji telur saiz A
- 3 ekor udang XL
- 1 kiub pati ayam
- Lobak merah, dipotong kecil
- Daun bawang, dipotong kecil
- Nasi untuk 2 orang
- 1 sudu minyak bijan
- Minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Masukkan telur yang telah dipukul dan masak seketika. Tolakkan ke tepi kuali.
- Masukkan bawang putih dan udang. Tambahkan kiub pati ayam dan gaul rata.
- Masukkan lobak merah serta daun bawang yang telah dipotong kecil.
- Masak sehingga udang berubah warna dan bahan-bahan sebati.
- Masukkan nasi dan gaul rata bersama bahan-bahan lain.
- Tuangkan minyak bijan dan teruskan menggaul sehingga nasi masak sekata serta beraroma harum.
- Siap untuk dihidangkan!
Sumber: sarahzmri
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Terpaling Ringkas, Guna Bahan Ringkas Tapi Sedapnya Tak Boleh Bincang!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

