Niat untuk menikmati keropok papadom goreng bertukar menjadi detik yang cukup menggelikan. Mana tidaknya, kepingan papadom mentah yang mahu digoreng tiba-tiba mempunyai kesan tompokan misteri yang menyerupai tapak kaki manusia!

Menerusi video yang tular itu, individu berkenaan menunjukkan sekeping papadom mentah yang dihalakan ke arah cahaya lampu. Apa yang mengejutkan, pancaran cahaya itu mendedahkan tompokan gelap yang membentuk corak tapak kaki manusia lengkap dengan jari-jemarinya secara jelas di atas kepingan tersebut.

Baca juga: Pelanggan Bagi Botol Tumbler Kotor & Berbau Untuk Diisi Air, Barista Tegur Berkali-Kali Tapi Masih Buat!

Orang Ramai Pertikai Kebersihan Kilang Keropok Papadom

Persoalan utama yang timbul, bagaimana kesan tapak kaki sebesar itu boleh terlepas kawalan kualiti hingga sampai ke tangan pengguna? Penemuan ini nyata menimbulkan rasa kurang senang dan loya dalam kalangan orang ramai.

Penularan klip berkenaan mencetuskan kemarahan hebat netizen, terutamanya di Nepal dan India. Walaupun kilang pemprosesan papadom tersebut terletak di Nepal, isu ini turut menjadi topik panas di India memandangkan papadom merupakan antara makanan kegemaran dan hidangan sampingan ruji masyarakat di kedua-dua negara.

Rata-rata netizen menganggap perbuatan itu sangat kotor dan tidak bertanggungjawab. Makanan untuk manusia tidak sepatutnya dipijak atau dikendalikan tanpa penjagaan kebersihan yang ketat.

Ekoran kejadian itu, netizen mendesak agar pihak berkuasa segera menyerbu kilang berkenaan, menarik balik lesen perniagaan mereka, dan menutup premis tersebut dengan kadar segera.

Rakyat Malaysia Pun Rasa Was-Was!

Isu ini sebenarnya turut memberi kesan kepada peminat nasi kandar di Malaysia. Masakan tidak, papadom sudah menjadi pelengkap wajib bila kita makan nasi kandar, nasi beriani atau hidangan di kedai mamak.

Walaupun kejadian tular ini berlaku di luar negara, pendedahan seperti ini pasti membuatkan ramai penggemar papadom di Malaysia mula rasa waswas dan lebih berhati-hati sebelum menggoreng atau menikmati hidangan kegemaran mereka itu.

Sumber: Thread

Baca juga: Tak Sangka Rupanya Malaysia Ada Ladang Vanila Sendiri, Kualiti Lebih Segar & ‘Oily’ Berbanding Import

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending