Pernah tak anda berdiri lama di gerai buah sebab pening nak beza antara buah duku, langsat, duku langsat atau dokong? Rupa empat beradik ini memang sangat serupa pada pandangan mata, tapi rasa dan teksturnya sebenarnya berbeza.
Walaupun datang dari keluarga yang rapat, setiap buah ada identiti tersendiri dari segi ketebalan kulit, kadar getah, hinggalah ke tahap kemanisan isinya. Perbezaan kecil inilah yang ramai pembeli selalu terlepas pandang semasa memilih.
Bagi anda yang selalu keliru dan tersalah beli di pasar, mari kita semak satu per satu ciri khas 4 jenis buah ini supaya anda boleh buat pilihan dengan betul dan dapat menikmati buah yang manis mengikut selera sendiri.
Baca juga: Jangan Terus Makan! Ini Cara Betul Basuh Buah-Buahan, Bukan Sekadar Lalukan Bawah Air…
BEZA BUAH DUKU DENGAN LANGSAT, DUKU LANGSAT & DOKONG
1. Buah Duku
Buah duku mempunyai bentuk yang bulat dan saiznya lebih besar berbanding adik-beradiknya yang lain. Ciri utamanya terletak pada kulitnya yang tebal dan kurang bergetah. Isinya pula tebal, agak kering, serta mempunyai rasa yang manis.
2. Buah Langsat
Berbeza dengan duku, langsat bersaiz lebih kecil dan bentuknya sedikit bujur. Kulitnya nipis serta mengandungi getah yang boleh membuatkan tangan melekit. Isinya lebih berair dengan gabungan rasa manis-manis masam. Hati-hati ketika mengunyah kerana jika tergigit bijinya yang pahit, boleh ‘hilang nikmat dunia’!
3. Buah Duku Langsat
Sesuai dengan namanya, duku langsat merupakan hasil gabungan ciri pertengahan antara duku dan langsat. Kulitnya lebih nipis jika dibandingkan dengan duku, manakala isinya lembut, berbau harum dan kebiasaannya terasa lebih manis daripada langsat.
4. Buah Dokong
Dokong pula mudah dikenali kerana buahnya tersusun sangat rapat pada tangkai. Kulitnya nipis dan hampir tiada getah, serta mempunyai isi yang amat berair dan manis. Selain itu, dokong selalunya mempunyai biji yang sangat sedikit, menyebabkan ramai peminat buah tempatan sanggup membayar lebih untuknya.
Panduan Ringkas Ingat Perbezaan:
- Langsat: Tangan mudah melekit akibat getah.
- Buah Duku: Kulit jenis tebal dan isi kering.
- Duku Langsat: Harum, manis dan kulit sederhana.
- Dokong: Berair, kurang biji dan tidak melekit.
Sumber: Public Health Malaysia
Baca juga: Ramai Tak Tahu Cara Pilih Sayur & Buah Lebih Selamat, Hanya Perlu Cari ‘Logo Ini’ Pada Bungkusan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

