Kalau cari resepi kangkung belacan yang mudah, cepat dan cukup rasa, boleh cuba versi ini. Sambalnya menggunakan gabungan cili merah, cili padi, belacan dan ikan bilis yang dikisar sebelum ditumis sehingga betul-betul garing.
Rahsia nak bagi kangkung belacan lebih sedap sebenarnya terletak pada sambalnya. Jangan terus masukkan kangkung selepas bahan kisar ditumis sekejap. Sebaliknya, tumis sehingga sambal garing dan naik bau supaya rasa belacan serta ikan bilis lebih sebati.
Bila dah masukkan kangkung, tak perlu masak terlalu lama. Gaul sehingga kangkung sedikit layu, perasakan dengan sos tiram dan sedikit kicap manis, kemudian terus angkat. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang boleh bertambah nasi!
Baca juga: Resipi Sayur Petola Berlado, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Memang Sedap
RESEPI KANGKUNG BELACAN
Bahan-bahan:
- Kangkung secukupnya
- 1 biji bawang merah besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 4-5 biji cili merah besar (dikisar)
- 4 biji cili padi (dikisar)
- 1 sudu kecil belacan yang telah dibakar (dikisar)
- Sejemput ikan bilis (dikisar)
- 2 sudu besar sos tiram
- Sedikit perasa
- Sedikit kicap manis
- Minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Masukkan semua bahan yang telah dikisar.
- Tumis menggunakan api sederhana sehingga bahan kisar benar-benar garing dan naik bau. Langkah ini penting supaya sambal lebih sedap dan tidak berbau mentah.
- Masukkan kangkung dan gaul rata bersama sambal.
- Tambahkan sos tiram, sedikit perasa dan kicap manis mengikut cita rasa.
- Gaul dan tumis sehingga kangkung sedikit layu. Jangan masak terlalu lama supaya kangkung tidak terlalu lembik.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Aleysia Jool
Baca juga: Resipi Sayur Labu Air Campur Bayam & Cendawan, Menu Diet Ringkas Yang Sedap Ratah Begitu Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

