Kalau ada petola di dapur dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba resepi sayur petola berlado ini. Cara penyediaannya cukup mudah kerana petola dimasak bersama cili kering, bawang dan ikan bilis yang ditumbuk. Walaupun ringkas, rasanya memang cukup membuka selera!

Resipi ini sesuai sangat untuk yang mahukan lauk sayur yang cepat disediakan. Bahan-bahannya pun mudah dicari dan tak banyak, jadi tak perlu pening nak sediakan macam-macam bahan.

Petola yang lembut apabila dimasak memang sedap digandingkan dengan sambal berlado yang pedas dan beraroma. Makan pula dengan nasi putih panas-panas, memang boleh bertambah nasi dibuatnya!

Baca juga: Resipi Bayam Goreng Brazil Crunchy, Sayur Biasa Jadi Snek Rangup Yang Sedap Dikunyah

RESEPI SAYUR PETOLA BERLADO

Bahan-bahan:

  • 1 biji petola
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • Ikan bilis secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • Garam atau perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas petola, basuh bersih dan potong mengikut saiz yang disukai.
  2. Bersihkan cili kering dan rebus seketika jika perlu. Kemudian tumbuk cili kering bersama bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis hingga lumat. Kalau nak lebih cepat, bahan-bahan ini juga boleh dikisar.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk atau dikisar tadi hingga masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan petola yang telah dipotong. Gaul rata supaya petola bersalut dengan sambal.
  5. Tambahkan sedikit air dan perasakan dengan garam atau perasa mengikut cita rasa.
  6. Masak seketika sehingga petola lembut dan kuahnya sebati. Tak perlu masak terlalu lama supaya petola tidak terlalu lembik.
  7. Siap! Angkat dan hidangkan sayur petola berlado bersama nasi putih panas-panas.

Sumber: Lizawati Suradi

Baca juga: Resipi Sayur Pedas Cendawan Busut ‘Legend’, Lauk Kampung Ringkas Yang Buat Rindu Zaman Dulu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending