Kalau tiada idea nak masak apa menggunakan isi ikan dori, boleh cuba resepi ikan dori celup tepung ini. Cara membuatnya cukup mudah dan hanya perlukan beberapa bahan asas yang memang senang nak disediakan di rumah.

Isi ikan dori terlebih dahulu disalut dengan bancuhan telur dan tepung jagung, kemudian digaul pula bersama serbuk tepung ayam goreng. Cara ini buat lapisan luar ikan jadi lebih rangup dan garing apabila digoreng.

Paling menarik, resipi ini sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Boleh dinikmati begitu sahaja bersama sos cili atau dijadikan lauk dengan nasi dan sayur pilihan.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Halia Limau, Campurkan Saja Semua Bahan Ini Dalam Kuali!

RESEPI IKAN DORI CELUP TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:

  • Isi ikan dori
  • 1 biji telur
  • Tepung jagung
  • Serbuk tepung ayam goreng secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Tidak perlu tambah air.
  2. Masukkan isi ikan dori ke dalam bancuhan telur dan tepung jagung tadi.
  3. Pastikan seluruh permukaan ikan bersalut rata.
  4. Selepas itu, gaulkan ikan dori dengan serbuk tepung ayam goreng sehingga bersalut sempurna.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan supaya salutan tepung lebih cepat garing.
  6. Goreng ikan dori sehingga garing dan berwarna keperangan. Balikkan ikan supaya kedua-dua bahagian masak sekata.
  7. Angkat dan toskan minyak. Ikan dori goreng tepung siap untuk dinikmati.

Tip: Jika menggunakan ikan dori beku, nyahbekukan terlebih dahulu dan lap permukaannya dengan tisu dapur supaya tidak terlalu berair. Ini membantu salutan tepung melekat dengan lebih baik dan menghasilkan ikan yang lebih rangup.

Sumber: Syahadah Mohd Husin

Baca juga: Resipi Sup Ikan Tom Kha Ala Thai, Kuah Santan Wangi & Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending