
Produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet Bilis sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila usahawan terkenal itu mengumumkan peluang istimewa buat pembeli terawal produknya.
Menerusi pengumuman terbaharu, lima pembeli terpantas Sambal Nyet Bilis berpeluang menyertai percutian eksklusif bersama Khairul Aming ke Dolomites, Itali. Lebih menarik, percutian tersebut ditaja sepenuhnya dan setiap pemenang turut dibenarkan membawa seorang peneman.
Untuk layak menyertai peluang istimewa itu, pembeli perlu mendapatkan lima botol Sambal Nyet Bilis dalam tempoh pembelian yang ditetapkan. Tidak hairanlah ramai peminat mula mencari strategi terbaik untuk menjadi antara pembeli terawal.
Namun, apakah rahsia sebenar untuk berjaya menjadi pemenang pembelian terpantas ini? Khairul Aming sebelum ini turut bertanya kepada lima pemenang trip New Zealand tahun lalu mengenai persediaan mereka ketika berjaya menjadi pembeli terawal. Jawapan mereka mungkin boleh dijadikan panduan buat yang ingin mencuba nasib kali ini.
Baca juga: Khairul Aming Lancar Produk Baharu ‘Sambal Nyet Bilis’, Tampil Dengan Rasa Berbeza & Lebih Kick!
BELI SAMBAL NYET BILIS & MENANG PERCUTIAN KE ITALI, 5 PEMENANG TAHUN LEPAS KONGSI TIP

1. Maisarah – Pemenang pertama trip New Zealand
Maisarah berkongsi bahawa dia menggunakan aplikasi Maybank2u ketika membuat pembelian, dengan sambungan internet daripada Maxis Fibre. Ketika ‘battle’ berlangsung, dia menggunakan telefon bimbit yang dicas menggunakan power bank.
Menariknya, Maisarah memilih untuk berada seorang diri di dalam bilik gelap supaya dapat memberi fokus sepenuhnya, manakala urusan anak-anak diserahkan kepada suaminya.
Menurutnya, antara perkara penting ialah tidak terlalu berkongsi rancangan untuk menyertai pembelian tersebut dengan orang lain. Niat asalnya juga hanyalah mahu membeli produk kegemaran anak an sekiranya berjaya menang, dia mahu membawa ayahnya menikmati percutian tersebut.
2. Zuhaira – Berjaya walaupun guna telefon terpakai
Berbeza dengan sangkaan ramai yang mungkin menganggap perlu menggunakan telefon canggih, Zuhaira membuktikan telefon biasa juga mampu membawa kemenangan.
Dia menggunakan Maybank2u dengan rangkaian XOX. Ketika pembelian dilakukan, dia hanya menggunakan telefon terpakai yang sudah digunakan sejak zaman pandemik COVID-19, malah keadaan battery health juga sudah ‘nazak’.
Lebih unik, dia melakukan ‘battle’ ketika berada dalam kereta dalam perjalanan ke pusat sukan di Bangi. Menurutnya, dia hanya mencuba nasib selepas mendapat galakan daripada bapanya.
3. Ara / Siti Zahraa – Fokus walaupun dalam keadaan mencabar
Ara atau Siti Zahraa pula menggunakan Maybank ketika membuat pembelian dengan rangkaian U Mobile prepaid yang hanya mempunyai liputan satu bar. Ketika mencuba nasib, bateri telefonnya hanya berbaki 58 peratus. Dia juga perlu menguruskan anak kecil yang sedang meragam dan mahu ditemani tidur.
Antara tips yang dikongsikan ialah masuk ke siaran langsung lebih awal serta berkongsi pautan live bersama keluarga menerusi WhatsApp. Baginya, kemenangan itu hanyalah rezeki tambahan kerana tujuan asal hanyalah mahu membeli produk tersebut.
4. Faiz – Jangan terlalu berharap, cuba sahaja
Faiz yang menggunakan Maybank2u bersama rangkaian Digi Postpaid 5G turut berkongsi pengalamannya ketika berjaya menjadi pembeli terpantas. Menurutnya, dia hanya menggunakan telefon bimbit biasa tanpa casing dan membuat pembelian dari ruang tamu rumah sambil duduk di sofa.
Walaupun persediaannya nampak sederhana, Faiz memilih untuk memulakan usaha dengan membaca Bismillah dan tidak terlalu meletakkan harapan tinggi terhadap perkara yang belum pasti.
5. Sakinah – Cuba nasib tanpa tekanan
Sakinah Halim pula menggunakan Bank Islam dengan sambungan U-Mobile Postpaid ketika membuat pembelian. Dia hanya menggunakan telefon bimbit dan memilih untuk berada seorang diri di dalam bilik supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya.
Menurutnya, perkara paling penting ialah mencuba tanpa meletakkan harapan terlalu tinggi. Jika berjaya, itu dianggap sebagai rezeki. Telefon mahal bukan jaminan, persediaan dan rezeki juga memainkan peranan.
View on Threads
Daripada perkongsian lima pemenang ini, dapat dilihat bahawa kejayaan menjadi pembeli terpantas bukan semata-mata bergantung kepada telefon paling mahal atau internet paling laju.
Ada yang menang menggunakan telefon lama, ada yang berdepan masalah liputan internet, malah ada yang membuat pembelian dalam situasi tidak dijangka. Namun, persediaan, fokus dan masa yang tepat menjadi antara faktor penting.
Buat peminat yang ingin mencuba peluang memenangi trip ke Dolomites, Itali bersama Khairul Aming, mungkin pengalaman lima pemenang ini boleh dijadikan inspirasi. Mana tahu, rezeki kali ini berpihak kepada anda pula!
Sumber: Thread Khairul Aming
Baca juga: 5 Resipi Air Viral Khairul Aming Yang Mudah Buat Sendiri Di Rumah & Sedap Untuk Buka Puasa, Cubalah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














