ikan sepat masin

Ikan sepat masin merupakan antara lauk kampung yang ramai peminat kerana rasanya yang masin, rangup dan cukup membangkitkan selera. Walaupun hanya dimakan bersama nasi panas tanpa kuah, lauk ringkas ini tetap mampu buat ramai orang makan bertambah.

Untuk resipi kali ini, ikan sepat masin digoreng hingga garing sebelum digaul bersama cili api, bawang dan petai. Gabungan rasa pedas, wangi bawang serta aroma petai menjadikan hidangan ini lebih istimewa walaupun menggunakan bahan yang sangat mudah.

Bagi yang suka lauk ringkas dan cepat disediakan, resipi ikan sepat masin goreng bawang ini memang sesuai dicuba. Tak perlu banyak bahan, tetapi rasanya cukup ‘kick’ terutama apabila dinikmati bersama nasi putih yang masih panas.

Baca juga: Resipi Sambal Kering Ikan Pedas Manis, Lauk Simple Tapi Memang Nikmat Dengan Nasi Panas

RESIPI IKAN SEPAT MASIN GORENG

ikan sepat masin

Bahan-bahan:

  • Ikan sepat masin secukupnya
  • Cili api secukupnya
  • 1 biji bawang besar
  • Cili merah besar
  • Petai secukupnya
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan sepat dan goreng dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar kasar cili api bersama bawang besar. Jangan terlalu halus supaya tekstur tumisan lebih sedap.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan nampak sedikit garing.
  4. Masukkan asam keping, kemudian perasakan dengan sedikit garam mengikut kesesuaian.
  5. Tambahkan cili merah yang dihiris serta bawang yang dipotong kasar. Gaul sebati.
  6. Masukkan petai dan kacau seketika sehingga petai sedikit layu.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan sepat yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya semua bahan bersalut dengan tumisan.
  8. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Tip: Memandangkan ikan ini sudah mempunyai rasa masin, pastikan tambah garam sedikit sahaja ketika menumis supaya rasa tidak terlebih masin. Untuk lebih rangup, goreng ikan sehingga betul-betul garing sebelum dicampurkan bersama sambal bawang.

Sumber: Rozzieta Abd Rahim

Baca juga: Resepi Ikan Bakar Lapik Daun Pisang, Bakar Atas Kuali Pun Tetap Wangi & Sedap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN