
Resepi chawanmushi merupakan antara hidangan Jepun yang cukup terkenal dengan teksturnya yang lembut, licin dan seakan-akan puding telur. Walaupun nampak seperti hidangan eksklusif di restoran Jepun, sebenarnya chawanmushi sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah.
Hidangan ini pada asasnya menggunakan campuran telur dan stok ayam yang dikukus perlahan sehingga menghasilkan tekstur yang lembut dan berjus. Ditambah pula dengan isi ayam serta cendawan shiitake, rasanya memang lebih umami dan menyelerakan.
Bagi yang baru pertama kali mencuba, jangan risau kerana cara membuat chawanmushi tidak rumit. Dengan bahan yang mudah didapati dan hanya menggunakan teknik kukus, anda boleh hasilkan hidangan ala restoran Jepun yang sedap untuk dinikmati bersama keluarga.
Baca juga: Cara Rebus Edamame Sedap Macam Restoran Jepun, Barulah Kekal Hijau, Lembut & Tak Lembik!
RESEPI CHAWANMUSHI ALA RESTORAN JEPUN

Bahan-bahan:
- Telur
- Isi ayam secukupnya
- Hirisan cendawan shiitake
- Air rebusan ayam secukupnya
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Perencah secukup rasa (jika suka)
- Daun bawang untuk taburan
- Kicap cair untuk hidangan
Cara-cara penyediaan:
- Rebus isi ayam bersama sedikit garam, lada hitam dan perencah pilihan sehingga ayam masak.
- Setelah ayam masak, angkat dan biarkan sejuk seketika. Simpan air rebusan ayam kerana ia akan digunakan sebagai kuah untuk chawanmushi.
- Pukul telur sehingga sebati. Kemudian campurkan dengan air rebusan ayam secara perlahan-lahan. Sukatan boleh agak-agak mengikut tekstur yang diinginkan, tetapi jangan terlalu banyak air supaya telur tidak terlalu cair.
- Masukkan isi ayam yang telah direbus dan cendawan shiitake ke dalam bekas tahan kukus.
- Tuangkan campuran telur ke dalam bekas tersebut.
- Kukus chawanmushi selama kira-kira 10 hingga 15 minit menggunakan api sederhana sehingga telur masak dan teksturnya lembut.
- Setelah siap, taburkan daun bawang dan sedikit kicap cair sebelum dihidangkan.
- Chawanmushi homemade yang lembut dan berkuah ini sedap dinikmati ketika masih panas.
Tip: Untuk dapatkan tekstur chawanmushi yang lebih licin seperti di restoran Jepun, tapis campuran telur sebelum dikukus. Pastikan juga api kukusan tidak terlalu besar supaya permukaan telur kekal cantik dan tidak berlubang.
Sumbe: Thread @miskim210
Baca juga: Resipi Bancuhan Tempura Ala Orang Jepun, Sejuk Pun Dijamin Masih Rangup!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














