
Bagi penggemar seni pembuatan kek, pastri dan pencuci mulut, perisa vanila memang antara bahan wajib ada di dapur. Tapi tahukah anda, selama ini sebahagian besar produk vanilla bean yang berada di pasaran tempatan adalah diimport dari luar negara?
Namun begitu, satu perkongsian di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai netizen selepas mengetahui bahawa Malaysia rupanya turut mempunyai ladang vanila tempatan sendiri.
Baca juga: Warna Kulit Pisang Tentukan Cara Guna, Mana Satu Sedap Dimakan Terus & Mana Satu Sesuai Buat Kek
Kualiti ‘Vanilla Bean’ Tempatan Lebih Segar, Harum & ‘Oily’

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads (@husam_inspires), beliau telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan hasil tanaman serta produk keluaran tempatan yang dinamakan Lenggai Vanila.
“Korang tau tak kat Malaysia pun kita ada ladang vanilla. Ni produk terbaru kami, ada tak geng baker kat sini? Vanilla bean ni super fresh, bau harum semerbak dan very oily tak macam yang imported tu,” katanya dalam hantaran tersebut.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kualiti lenggai vanila tersebut. Tidak seperti vanilla bean import yang kadangkala agak kering disebabkan tempoh eksport yang lama, lenggai vanila keluaran tempatan ini kelihatan sangat segar, berkilat dan berminyak. Ini petanda kualiti vanilla yang amat baik dan kaya dengan ekstrak rasa.
Mendapat Sambutan Hangat Daripada ‘Geng Baker’
Hantaran tersebut dengan cepat mendapat perhatian ramai netizen, terutamanya golongan peniaga kek dan penggemar aktiviti baking. Rata-rata teruja kerana kini mereka boleh mendapatkan stok vanilla bean segar secara terus dari pengeluar tempatan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada produk import.
Bukan sahaja dapat menyokong produk pertanian tempatan, malah kualiti vanila yang segar ini dijangka mampu meningkatkan lagi aroma dan rasa pencuci mulut seperti custard, panacotta, kek butter, hinggalah ke ais krim buatan sendiri.
View on Threads
Sumber: Thread
Baca juga: Warna Kulit Pisang Tentukan Cara Guna, Mana Satu Sedap Dimakan Terus & Mana Satu Sesuai Buat Kek
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














