resepi agar agar cendol

Resepi agar agar cendol ini sesuai dicuba untuk peminat pencuci mulut tradisional yang sukakan rasa lemak, manis dan menyegarkan. Gabungan agar-agar lembut bersama cendol, susu cair serta gula kabung menghasilkan hidangan yang bukan sahaja sedap, malah cantik kerana mempunyai dua lapisan berbeza.

Biasanya agar-agar menjadi pilihan ramai kerana mudah disediakan dan boleh dinikmati sejuk terutama ketika cuaca panas. Kali ini, agar-agar biasa diolah dengan rasa cendol yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Menariknya, resipi ini menggunakan gula kabung sebagai lapisan kedua yang memberikan rasa manis berlemak serta aroma gula tradisional yang lebih harum. Hasilnya, setiap suapan ada rasa susu, cendol dan gula kabung yang seimbang.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Kelapa Pandan Klasik, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Terasa Lemak & Segarnya!

RESEPI AGAR AGAR CENDOL YANG SEDAP DIMAKAN SEJUK-SEJUK

resepi agar agar cendol

Bahan-bahan:

  • 1 pek agar-agar tali
  • Air secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  • Gula pasir secukup rasa
  • Gula batu secukup rasa
  • 1 ketul gula kabung (gula gerek)
  • Cendol secukupnya
  • Susu cair secukupnya
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam agar-agar tali terlebih dahulu. Kemudian rebus bersama air dan daun pandan sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau sehingga semuanya sebati. Laraskan tahap kemanisan mengikut cita rasa.
  3. Masukkan susu cair dan secubit garam. Kacau perlahan sehingga campuran hampir mendidih. Tutup api.
  4. Toskan cendol dan masukkan ke dalam bekas atau cawan kecil mengikut saiz hidangan yang diinginkan.
  5. Bahagikan campuran agar-agar susu kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan tuangkan ke dalam bekas yang berisi cendol sehingga memenuhi kira-kira ⅔ bahagian bekas.
  6. Biarkan lapisan pertama agar-agar membeku terlebih dahulu.
  7. Untuk baki agar-agar susu, masukkan gula kabung. Panaskan menggunakan api perlahan sehingga gula kabung larut sepenuhnya. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  8. Tutup api apabila gula kabung sudah hancur dan campuran kembali sebati. Tidak perlu tunggu sehingga mendidih.
  9. Tuangkan campuran gula kabung tadi sebagai lapisan kedua di atas agar-agar yang telah keras.
  10. Biarkan agar-agar cendol sejuk dan mengeras sepenuhnya sebelum dinikmati.
  11. Simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.

Untuk hasil lebih cantik, pastikan lapisan pertama benar-benar mengeras sebelum menuang lapisan kedua supaya warna dan lapisan agar-agar tidak bercampur. Paling sedap dinikmati sejuk-sejuk sebagai pencuci mulut selepas makan atau ketika santai bersama keluarga.

Sumber: Sapina Shahabudin

Baca juga: Resipi Agar-Agar Oren Manis & Segar, Kena Pakai Gula Jenis INI Supaya Pejal & Tak Berair

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN