
Pernah tak anda belek gambar kahwin lama nenek atau tok wan dulu-dulu? Punya lah flawless, glowing dan berseri-seri muka anda!
Padahal zaman tu mana ada serum viral RM100+, tak ada juga skincare routine sampai 10 langkah macam artis K-Pop.
Rupanya, orang dulu-dulu ada rahsia cantik tersendiri. Hanya menggunakan 100% bahan semula jadi yang ada kat dapur je, dorang boleh kekal awet muda.
Tapi plot twist nya, lambakan produk moden sekarang buat ramai kulit muka orang sekarang makin menipis, naik jerawat pasir, dan breakout teruk. Akhirnya? Ramai yang pakat ‘taubat’ dan sanggup cari balik bahan kecantikan tradisi ni!
Kalau anda nak pulihkan balik maruah kulit yang dah rosak tu, jom kita tengok 5 produk tradisi yang kini kembali trending.
Paling best, semuanya anda boleh borong kat Shopee atau Lazada je!
1. Bedak Sejuk Moden

Zaman dulu, nenek kita gigih rendam beras berbulan-bulan, kisar dan titiskan satu-satu atas daun pisang untuk buat bedak sejuk. Letak kat muka malam-malam sebelum tidur, bangun pagi jerawat aktif terus kecut!
Sekarang anda tak payah susah-susah nak jemur tengah panas. Kat e-commerce dah berlambak orang jual bedak sejuk beras asli yang dah siap dipaket rapi. Ada yang siap campur ekstrak daun mambu atau kunyit lagi tau!
-
Kenapa kena cari balik: Mengurangkan minyak berlebihan, mengecutkan jerawat dengan pantas, dan menyejukkan kulit yang terkena sunburn.
-
Di mana nak beli: Taip je keyword “Bedak Sejuk Beras Asli“ kat Shopee atau Lazada. Murah pun murah!
2. Tepung Ubi Kayu (Masker Penegang Kulit)

Jangan terkejut! Tepung ubi kayu bukan setakat boleh buat kuih takir atau pekatkan kuah je tau. Nenek kita dulu suka bancuh tepung ubi kayu dengan sedikit air, pastikan pekat, dan sapu kat muka buat macam clay mask.
Bila dia kering, pergh… kulit rasa tegang macam buat rawatan botox mahal!
-
Kenapa kena cari balik: Berfungsi sebagai instant lifting natural. Kulit rasa tegang, liang pori mengecil, dan parut jerawat cepat pudar.
-
Di mana nak beli: Tak payah pergi pasar raya, cari je “Tepung Ubi Kayu / Tapioca Starch“ kat Shopee atau Lazada, terus hantar sampai depan rumah anda.
3. Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil – VCO)

Kalau orang sekarang taksub dengan cleansing oil mahal dari luar negara yang kadangkala menyumbat pori, nenek kita dah lama guna minyak kelapa untuk buang segala kotoran kat muka.
Bukan tu je, minyak kelapa ni jugalah rahsia rambut dorang hitam berkilat, lebat, dan lambat beruban.
-
Kenapa kena cari balik: Agen pelembap semula jadi paling padu untuk kulit kering. Ia juga kaya dengan antioksidan untuk cegah kedutan pramatang.
-
Di mana nak beli: Anda search “Virgin Coconut Oil Kualiti Premium” kat Lazada atau Shopee untuk gred yang selamat disapu pada wajah.
4. Serbuk Asam Jawa Asli

Anda ada masalah jeragat degil atau parut hitam yang tak nak hilang?
Orang dulu-dulu sentiasa ada magik untuk masalah ni. Dorang akan ambil pes asam jawa, campur sikit dengan bedak sejuk atau madu, dan tepek kat kawasan pigmentasi.
-
Kenapa kena cari balik: Asam jawa mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acids) semula jadi yang bertindak membuang sel kulit mati dan mencerahkan kulit secara lembut tanpa menipiskan kulit anda.
-
Di mana nak beli: Nak senang, cari “Pes Asam Jawa Tanpa Biji” atau “Serbuk Asam Jawa Pure“ kat Shopee atau Lazada supaya senang untuk anda bancuh jadi masker.
5. Serbuk Manjakani Tulen

Khusus untuk anda yang dah berkahwin atau nak jaga kesihatan kulit dalaman, manjakani adalah ‘raja’ segala herba wanita.
Nenek kita dulu bukan setakat minum air rebusannya, tapi serbuk manjakani tu dijadikan skrub badan dan muka untuk hilangkan bau badan serta cerahkan celahan paha atau ketiak.
-
Kenapa kena cari balik: Mengetatkan pori-pori wajah yang meluas, merawat masalah kulit sensitif, dan bertindak sebagai antiseptik semula jadi untuk luka jerawat.
-
Di mana nak beli: Guna keyword “Pure Manjakani Powder / Serbuk Manjakani Asli 100%” di Shopee atau Lazada untuk elak terbeli yang tiruan.
Walaupun semua bahan di atas adalah 100% semula jadi, anda tetap wajib lakukan patch test pada bahagian bawah dagu terlebih dahulu sebelum sapu ke seluruh wajah untuk melihat reaksi kulit masing-masing.
Macam mana? Rasa nak terjebak tak dengan rahsia kecantikan vibe retro ni? Kadang-kadang, back to basic adalah jalan terbaik untuk kulit anda berehat daripada lambakan bahan kimia yang merosakkan skin barrier.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














