cara hilangkan kesan minyak

Cara hilangkan kesan minyak pada baju sering menjadi masalah yang ramai alami, terutama apabila terkena percikan minyak ketika memasak atau makan. Lebih menyakitkan hati apabila kesan tersebut masih jelas kelihatan walaupun baju sudah dibasuh berkali-kali.

Ramai sangka baju yang terkena minyak sudah tidak boleh diselamatkan. Ada yang terus jadikan baju rumah, malah ada juga yang membuangnya kerana malu untuk dipakai di luar.

Namun sebenarnya, ada satu cara hilangkan kesan minyak yang dikongsikan oleh pengguna Lemon8, Jellyna Jal, yang menggunakan bahan mudah didapati di rumah. Menariknya, petua ini hanya memerlukan sabun basuh pinggan, sabun pakaian dan sedikit air suam.

Baca juga: Jangan Panik Kalau Hangus! Ini Cara Paling Berkesan Hilangkan Kerak Periuk Guna Bahan Dapur

CARA HILANGKAN KESAN MINYAK PADA BAJU

cara hilangkan kesan minyak

1. Sapu Sabun Basuh Pinggan Pada Kesan Minyak

Langkah pertama dalam cara hilangkan kesan minyak ini ialah menyapu sabun basuh pinggan terus pada bahagian yang terkena minyak.

Gosok perlahan-lahan supaya sabun dapat meresap ke dalam fabrik.

Sabun basuh pinggan berfungsi memecahkan minyak dan membantu menjadikannya lebih mudah larut dalam air.

2. Tuang Sedikit Air Suam

Selepas itu, tuangkan sedikit air suam pada kawasan yang telah disapu sabun tadi.

Gosok perlahan sekali lagi dan tambah sedikit lagi sabun basuh pinggan jika perlu.

Air suam membantu melonggarkan sisa minyak yang melekat pada kain.

3. Biarkan Selama 15 Minit

Biarkan campuran sabun dan air suam tersebut selama kira-kira 15 minit.

Tempoh ini membolehkan sabun bekerja dengan lebih efektif untuk memecahkan sisa minyak yang terperangkap dalam serat pakaian.

cara hilangkan kesan minyak

4. Tambah Sabun Basuh Baju

Seterusnya, sapukan pula sabun atau pencuci pakaian pada bahagian yang sama.

Gabungan dua jenis sabun ini dipercayai membantu menceraikan partikel minyak yang masih tertinggal pada kain.

5. Basuh Seperti Biasa

Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh dan gunakan air sejuk atau cold water.

Pilih mod cucian ringkas atau express cycle sebelum menjemur pakaian seperti biasa.

6. Jangan Terus Guna Dryer

Ini antara langkah yang ramai terlepas pandang.

Jika kesan minyak masih ada selepas dicuci, elakkan menggunakan dryer kerana haba boleh menyebabkan kesan minyak melekat dengan lebih kuat pada fabrik.

Sebaliknya, ulang semula proses cara hilangkan kesan minyak tadi sehingga kesan tersebut beransur hilang.

Tips Penting Supaya Kesan Minyak Lebih Mudah Hilang:

  • Rawat kesan minyak secepat mungkin selepas terkena pada pakaian.
  • Gunakan air suam, bukan air yang terlalu panas.
  • Jangan gosok terlalu kuat terutama pada fabrik lembut.
  • Elakkan menggunakan dryer sebelum anda pasti kesan minyak sudah hilang sepenuhnya.
  • Ulang proses beberapa kali jika melibatkan kesan minyak yang sudah lama.

Ramai Tak Tahu Cara Hilangkan Kesan Minyak Yang Betul

Sebenarnya, ramai yang terus memasukkan baju ke dalam mesin basuh tanpa merawat kesan minyak terlebih dahulu. Akibatnya, tompok minyak kekal melekat dan menjadi semakin sukar untuk ditanggalkan.

Jika anda ada baju kegemaran yang sudah lama mempunyai kesan minyak, tidak salah mencuba tips hilangkan kesan minyak yang dikongsikan ini. Dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah, mungkin baju tersebut boleh dipakai semula tanpa rasa segan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Jellyna Jal

Baca juga: Cara Cepat Hilangkan Pijar Tangan Selepas Pegang Cili, Rasa Pedih Terus Hilang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN