
Resipi terung antara menu simple yang selalu jadi pilihan bila nak masak lauk cepat tapi sedap. Kalau kena cara masak yang betul, terung boleh jadi hidangan yang sangat “kick” dan tak membosankan langsung.
Kalau sebelum ini kita dah selalu masak terung sambal atau goreng biasa, kali ini jom cuba versi Korean style pedas manis ini. Rasanya ada gabungan pedas, manis, masin dan aroma minyak bijan yang buat hidangan ini lagi menyelerakan.
Resipi ini juga memang sangat sesuai dimakan dengan nasi panas-panas. Sekali cuba, memang susah nak berhenti makan bertambah berpinggan-pinggan!
Baca juga: Terung Celup Tepung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Sahaja
RESIPI TERUNG PEDAS MANIS KOREAN STYLE

Bahan-bahan:
- 1 batang terung (hiris bulat nipis)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- Daun bawang (hiris)
- 1 sudu kecil biji bijan (disangai)
- 1 sudu kecil serbuk cili
- Minyak (untuk siram panas)
- 1 sudu besar kicap masin
- ½ sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar gula
- Sedikit garam
- Sedikit minyak bijan
Cara-cara penyediaan:
- Basuh terung bersih dan hiris nipis bulat. Untuk lagi sedap, gaul dengan sedikit garam dan perap selama 10 minit. Kemudian bilas dan keringkan.
- Satukan bawang putih, daun bawang, biji bijan yang telah disangai dan serbuk cili dalam satu mangkuk.
- Sediakan sos dengan mencampurkan kicap masin, sos tiram, gula, garam dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
- Panaskan kuali tanpa minyak, masak terung sehingga lembut dan sedikit keperangan. Boleh juga bakar jika suka rasa lebih smoky.
- Masukkan terung yang telah dimasak ke dalam campuran sos tadi. Gaul rata supaya semua terung disalut dengan sos yang sedap.
- Siap untuk dihidang! Lagi sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas.
Sumber: Thread @nuurbellee
Baca juga: Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














