resepi kaya ball

Kalau anda sedang mencari resepi kaya ball yang mudah, gebu dan sedap, inilah resipi yang wajib dicuba. Kaya ball merupakan snek manis yang digemari ramai kerana teksturnya yang lembut serta mempunyai inti kaya yang berlemak dan manis di bahagian tengah.

Menariknya, snek ini tidak memerlukan bahan yang banyak dan cara penyediaannya juga cukup ringkas. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti tepung, susu segar dan telur, anda sudah boleh menghasilkan kaya ball yang cantik dan gebu di rumah.

Sesuai dijadikan sarapan, minum petang atau hidangan untuk anak-anak, kaya ball ini memang sedap dimakan ketika masih panas. Bila digigit, inti kaya yang melimpah keluar pasti membuatkan ramai sukar berhenti makan.

Baca juga: Resipi Bebola Donut Yang Gebu & Saiz Comel, Kudapan Paling Senang Nak Buat!

RESEPI KAYA BALL

resepi kaya ball

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu segar (kurangkan 2 sudu besar daripada sukatan asal)
  • 1 biji telur gred A (dipukul ringan)
  • 2 sudu besar mentega cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Inti kaya secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum, baking powder, garam dan gula kastor di dalam mangkuk.
  2. Masukkan susu segar, telur yang telah dipukul, mentega cair dan esen vanila.
  3. Gaul sehingga semua bahan sebati dan adunan menjadi licin. Jika masih terdapat ketulan kecil, boleh kisar sebentar menggunakan pengisar. Jangan terlalu lama mengisar.
  4. Tuangkan adunan ke dalam botol bermuncung untuk memudahkan proses menuang.
  5. Rehatkan adunan selama kira-kira 10 minit.
  6. Panaskan kuali non-stick kecil menggunakan api perlahan dan sapukan sedikit minyak.
  7. Tuang sedikit adunan ke dalam kuali.
  8. Picit inti kaya di bahagian tengah adunan.
  9. Tutup inti dengan sedikit lagi adunan sehingga kaya tertutup sepenuhnya.
  10. Tutup kuali menggunakan penutup periuk dan biarkan sehingga adunan naik gebu serta bahagian bawah bertukar keperangan.
  11. Terbalikkan kaya ball dan masak sehingga kedua-dua bahagian berwarna keemasan dan masak sepenuhnya.
  12. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Asyik-Asyik Donut Bulat, Jom Cuba Donut Bantal Yang ‘Crunchy’ & Berongga Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN