
Tips ikan bilis rangup sentiasa dicari ramai terutama bagi mereka yang gemar menyediakan stok ikan bilis untuk nasi lemak, sambal atau kudapan harian. Namun, masalah paling biasa adalah ikan bilis cepat lemau walaupun baru sahaja digoreng.
Menariknya, ada satu cara mudah yang dikongsikan oleh Dapur Tiyah di Instagram untuk mendapatkan ikan bilis yang rangup tanpa perlu menggunakan banyak minyak. Apa yang lebih mengejutkan, hanya menggunakan microwave dan beberapa minit sahaja diperlukan.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Masak Telur Rebus, Dari Separuh Masak Hingga Rebus Penuh Semua Jadi Cantik
TIPS IKAN BILIS RANGUP

Menurut perkongsian tersebut, rahsia utama terletak pada cara mengurangkan kelembapan pada ikan bilis sebelum dipanaskan menggunakan microwave.
Bahan-bahan:
- Ikan bilis mata biru
- Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Basuh ikan bilis sehingga bersih.
2. Lap ikan bilis menggunakan tisu dapur sehingga tiada lagi air berlebihan. Tidak perlu dijemur atau dikeringkan sepenuhnya.
3. Masukkan ikan bilis ke dalam mangkuk.
4. Semburkan sedikit minyak dan gaul sehingga semua ikan bilis terkena lapisan minyak yang nipis.
5. Panaskan dalam microwave pada kuasa 800 watt selama 3 hingga 4 minit.
6. Elakkan memanaskan sehingga 5 minit kerana ikan bilis boleh menjadi hangit.
7. Keluarkan dan biarkan seketika sebelum dimakan.
Hasilnya, ikan bilis akan menjadi lebih garing dan rangup walaupun tanpa digoreng menggunakan minyak yang banyak.
BOLEH DIGUNAKAN UNTUK IKAN BILIS YANG SUDAH LEMAU
Ramai tidak tahu bahawa tip ini juga boleh digunakan untuk ikan bilis yang telah digoreng tetapi menjadi lemau selepas beberapa jam atau disimpan semalaman.
Cukup sekadar memasukkan ikan bilis tersebut ke dalam microwave selama beberapa minit. Haba yang terhasil membantu mengurangkan kelembapan dan mengembalikan tekstur rangup pada ikan bilis.
KENAPA RAMAI SUKA KAEDAH INI?
Antara kelebihan yang membuatkan ramai tertarik untuk mencuba adalah:
- Menggunakan minyak yang sangat sedikit
- Tidak perlu menggoreng seperti biasa
- Lebih cepat dan mudah
- Kurang percikan minyak di dapur
- Ikan bilis kekal garing dan rangup
Selain dijadikan kudapan, ikan bilis rangup ini juga sesuai dijadikan taburan nasi lemak, bubur nasi, mee goreng, kuey teow goreng dan pelbagai hidangan lain.
Bagi yang sering mencari tips ikan bilis rangup yang mudah dan menjimatkan, kaedah menggunakan microwave ini mungkin antara cara paling praktikal untuk dicuba di rumah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: dapurtiyah
Baca juga: Teknik Rebus Kerang Tanpa Air Rupanya Lagi Sedap, Isi Manis & Tak Mudah Kecut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














