rebus kerang

Kalau selama ini anda biasa rebus kerang dengan air sampai tenggelam penuh, mungkin selepas ini boleh cuba pula teknik rebus kerang tanpa air yang semakin ramai cuba di media sosial.

Petua mudah ini dikatakan buat isi kerang lebih manis, tidak hanyir dan paling penting teksturnya lebih cantik serta tidak mudah kecut. Menariknya, cara ini hanya gunakan haba dan air semula jadi daripada kerang itu sendiri.

Perkongsian tentang teknik rebus kerang ini menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Atika Liakatali. Menurutnya, cara tersebut memang diajar sendiri oleh ibunya dan masih digunakan sampai sekarang terutama untuk buat rencah kuew teow goreng atau masakan seafood lain.

Baca juga: Rahsia Rebus Jagung Tanpa Kulit Tapi Kekal Manis & Rangup, Rupanya Ini Caranya!

CARA REBUS KERANG TANPA AIR

rebus kerang

Menerusi perkongsian tersebut, kerang hanya perlu dimasukkan terus ke dalam periuk tanpa menambah walau sedikit air.

Kemudian buka api dan biarkan kerang masak sendiri menggunakan wap serta air semula jadi yang keluar daripada kulit kerang ketika dipanaskan.

Kalau mahu lebih wangi, boleh juga tambah hirisan bawang dan serai yang diketuk. Namun ada juga yang memilih rebus kosong supaya rasa asli kerang lebih menyerlah dan sesuai dijadikan rencah pelbagai masakan.

Ramai yang sudah cuba teknik rebus kerang ini mengakui isi kerang jadi lebih manis dan sedap berbanding cara biasa.

Kerang Cepat Masak, Jangan Tinggal Lama

Walaupun nampak mudah, proses rebus kerang tanpa air ini perlu sentiasa diperhatikan kerana kerang memang cepat masak.

Jika dibiarkan terlalu lama atas dapur, isi kerang boleh jadi keras, mengecut dan kurang sedap dimakan.

Sebaiknya gunakan api sederhana dan tutup api sebaik sahaja kulit kerang mula terbuka. Cara ini membantu mengekalkan tekstur isi yang lembut dan juicy.

Petua Lama Yang Ramai Baru Tahu

Kadang-kadang petua dapur orang lama memang menjadi walaupun nampak sangat ringkas.

Teknik rebus kerang tanpa air ini sebenarnya membantu mengekalkan rasa manis semula jadi isi kerang selain menjadikan aroma seafood lebih kuat dan menyelerakan.

Memang sesuai sangat kalau mahu buat kuew teow goreng kerang, sambal kerang atau dijadikan lauk sampingan makan dengan nasi panas.

Kalau anda peminat seafood, mungkin boleh cuba sendiri cara merebus kerang ini di rumah. Mudah, cepat dan hasilnya memang lain daripada biasa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Atika Liakatali

Baca juga: Cara Viral Rebus Daging Guna Periuk Nasi, Memang Empuk Walaupun Tanpa Pressure Cooker

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN