kuih ketayap tanpa santan

Kuih ketayap tanpa santan mungkin kedengaran agak pelik bagi sesetengah orang, namun hasilnya ternyata tidak mengecewakan. Dengan hanya menggunakan beberapa bahan asas yang biasa ada di dapur, anda masih boleh menghasilkan kulit ketayap yang lembut, nipis dan tidak mudah koyak.

Perkongsian resepi oleh Arisha Aliya di Facebook ini mendapat perhatian ramai kerana tidak menggunakan santan langsung. Menariknya, rahsia kepada kulit ketayap yang cantik sebenarnya terletak pada kepekatan adunan dan cara penyediaannya yang betul.

Baca juga: Cara Buat Kuih Cara Berlauk Tanpa Acuan, Inti Padu & Sama Sedap Macam Kuih Dekat Bazar

RESIPI KUIH KETAYAP TANPA SANTAN

kuih ketayap tanpa santan

Bahan-Bahan:

Cara-Cara Penyediaan:

1. Pecahkan telur ke dalam 1 cawan air.

2. Kisar atau blend sehingga telur dan air sebati.

3. Tuangkan campuran tersebut ke dalam bekas berisi tepung gandum.

4. Kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul.

5. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.

6. Masukkan minyak masak dan sedikit garam, kemudian gaul hingga sebati.

7. Pastikan adunan agak cair kerana ia lebih mudah dilenggang di atas kuali.

8. Panaskan kuali leper menggunakan api sederhana.

9. Tuangkan sedikit adunan dan segera lenggangkan kuali supaya adunan merebak sekata.

10. Masak sehingga permukaan kulit kering dan mudah ditanggalkan.

11. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.

12. Isikan dengan inti kelapa kegemaran dan gulung kemas sebelum dihidangkan.

Tips Membuat Kuih Ketayap Tanpa Santan:

  • Gunakan adunan yang sedikit cair untuk mendapatkan kulit yang nipis dan lembut.
  • Jika adunan masih pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang sesuai.
  • Pastikan kuali benar-benar panas sebelum menuang adunan pertama.
  • Gunakan api sederhana bagi mengelakkan kulit menjadi keras atau terlalu kering.
  • Kacau adunan setiap kali sebelum digunakan kerana tepung mudah mendap di bahagian bawah.
  • Jangan memasak kulit terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan tekstur menjadi keras dan sukar digulung.

Walaupun tidak menggunakan santan, kuih ketayap tanpa santan ini tetap menghasilkan kulit yang lembut dan sedap. Sesuai dijadikan hidangan minum petang atau sarapan ringan, resepi ini juga menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menyediakan kuih tradisional dengan bahan yang lebih ringkas dan mudah didapati.

Selamat mencuba!

Sumber: Arisha Aliya

Baca juga: Cekodok Pisang Lembut TANPA Tepung Gandum, Hasil Gebu & Tak Serap Minyak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN