sup tulang merah singapore

Sup tulang merah singapore merupakan antara hidangan yang cukup popular di Singapura dan Johor kerana keunikan kuahnya yang berwarna merah pekat serta kaya dengan rasa rempah. Berbeza dengan sup tulang biasa, hidangan ini menggunakan gabungan sos tomato, sos cili dan rempah yang menghasilkan rasa pedas, manis dan berlemak dalam satu mangkuk.

Perkongsian oleh Ezzati Osman di Facebook turut menarik perhatian ramai apabila beliau berjaya menyediakan sup tulang merah singapore yang sedap walaupun pertama kali mencubanya. Menurutnya, hidangan ini paling sedap dimakan bersama roti panjang, namun roti biasa juga sudah cukup untuk menikmati keenakan kuahnya yang pekat dan menyelerakan.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Tulang, Ekor & Daging Untuk Stok Sup, Hasilnya Wangi Tahan Lama!

RESIPI SUP TULANG MERAH SINGAPORE

sup tulang merah singapore

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang gearbox atau tulang rawan
  • ½ cawan sos tomato
  • ¼ cawan sos cili
  • ¼ cawan cili kering kisar
  • Minyak masak secukupnya
  • ½ sudu besar tomato puri
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (disangai tanpa minyak)
  • 1 sudu besar jintan putih (disangai tanpa minyak)
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 sekawan
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukupnya
  • 4 liter air
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Cara-cara Penyediaan:

1. Rebus tulang seketika bagi membuang darah dan kekotoran.

2. Buang air rebusan pertama dan rebus semula bersama 4 liter air selama kira-kira 2 jam sehingga tulang empuk.

3. Apabila rebusan berbaki 30 minit, panaskan minyak dan tumis 4 sekawan bersama bahan kisar sehingga naik bau.

4. Kisar jintan manis dan jintan putih yang telah disangai, kemudian masukkan ke dalam tumisan.

5. Masukkan sos tomato, sos cili dan tomato puri. Kacau hingga sebati.

6. Tuangkan semua bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang.

7. Masak sehingga kuah menjadi lebih pekat dan sebati.

8. Masukkan serbuk lada hitam, garam serta perasa secukup rasa.

9. Akhir sekali, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Tips Sup Tulang Merah Singapore Lebih Sedap:

  • Gunakan tulang gearbox kerana bahagian sumsum menjadikan kuah lebih berlemak dan berperisa.
  • Sangai jintan manis dan jintan putih terlebih dahulu untuk menaikkan aroma rempah.
  • Rebus tulang secukupnya sehingga isi mudah tertanggal untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut.
  • Jika suka kuah lebih pedas, tambahkan sedikit cili kisar mengikut citarasa.
  • Hidangkan bersama roti panjang atau roti putih untuk pengalaman menikmati sup tulang merah singapore yang lebih autentik.

Gabungan kuah merah yang pekat, rempah yang harum dan tulang yang empuk menjadikan sup tulang merah singapura antara hidangan yang wajib dicuba oleh pencinta sup. Sekali rasa, memang tidak hairanlah ramai yang sanggup menghirup kuahnya sehingga licin.

Sumber: Ezzati Osman

Baca juga: Sup Tulang Simple Gaya Kampung Ini Buat Ramai Terliur, Sesuai Masak Musim Raya Korban

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN