
Ramai sekarang semakin suka cari minuman sihat yang mudah dibuat sendiri di rumah, lebih-lebih lagi yang menggunakan bahan semula jadi. Salah satu yang makin popular ialah resepi probiotik oren kunyit ini kerana rasanya segar, mudah disediakan dan menggunakan bahan yang senang didapati di dapur.
Dalam kehidupan harian yang sibuk, kadang-kadang kita kurang menjaga pemakanan dan pengambilan minuman berkhasiat. Bila badan mula rasa lesu, angin dalam badan atau sistem penghadaman kurang selesa, ramai mula mencari alternatif semula jadi untuk diamalkan setiap hari. Minuman campuran oren, kunyit dan halia ini menjadi pilihan kerana gabungan rasanya yang unik dan menyegarkan.
Apa yang menarik, resepi ini tidak memerlukan teknik yang rumit. Hanya kisar atau gunakan mesin buah, kemudian campurkan semua bahan dan siap untuk diminum. Sesuai diamalkan waktu pagi atau selepas makan untuk rasa lebih segar dan nyaman.
Baca juga: Resipi Jus Retinol Mudah Dibuat Di Rumah, Rahsia Kulit Glowing & Awet Muda Tanpa Skincare Mahal
RESEPI PROBIOTIK OREN KUNYIT

Bahan-bahan:
- 2 biji buah oren
- 1 hiris halia sebesar ibu jari
- 3 hiris ibu kunyit sebesar ibu jari
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji limau kasturi
- 1 sudu madu atau gula stevia (optional)
- Sedikit air jika menggunakan blender
Cara-cara penyediaan:
- Kupas kulit oren, halia, kunyit dan bawang putih terlebih dahulu.
- Masukkan semua bahan bertanda ke dalam mesin buah atau blender.
- Jika menggunakan blender, tambahkan sedikit air supaya lebih mudah dikisar.
- Kisar sehingga halus dan sebati.
- Perahkan limau kasturi ke dalam jus yang telah dikisar.
- Tambahkan madu atau gula stevia jika suka rasa sedikit manis.
- Kacau rata dan sedia untuk diminum.
Tips tambahan:
- Jika menggunakan mesin buah, tekstur minuman akan jadi lebih pekat dan lebih ‘pure’.
- Untuk rasa lebih segar, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum diminum.
- Boleh diminum tanpa pemanis bagi yang mahu rasa asli bahan-bahan tersebut.
Sumber: Thread cikpuan_yana00
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














