
Ikan patin sungai dan ikan patin kolam sering menjadi pilihan dalam masakan tradisional Malaysia, terutamanya untuk hidangan popular seperti gulai tempoyak. Ramai orang sebenarnya masih keliru untuk membezakan kedua-dua jenis ikan patin ini, sedangkan perbezaannya cukup ketara.
Setiap jenis ikan patin ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang lebih suka ikan patin sungai kerana dianggap lebih “bersih” dan sedap, manakala ada juga yang memilih ikan patin kolam kerana harganya lebih murah dan mudah didapati.
Kalau anda selalu makan ikan patin tapi tak pasti mana satu pilihan terbaik, artikel ini akan bantu anda faham perbezaan sebenar dengan lebih jelas dan mudah.
Baca juga: Cara Simpan Daun Sup Dalam Air, Kekal Segar Siap Tumbuh ‘Pucuk Baru’ Lagi
JENIS IKAN PATIN YANG BIASA ORANG MAKAN

1. Ikan Patin Sungai
Ikan patin sungai atau yang biasanya dipelihara dalam sangkar sungai mempunyai beberapa ciri yang membuatkannya lebih premium berbanding kolam:
- Air dalam sangkar sentiasa mengalir secara semula jadi
- Lebih berkualiti berbanding patin kolam
- Isi lebih tebal dan warna nampak lebih segar
- Kurang lemak dan lebih banyak isi
- Dijual dengan harga lebih mahal kerana penjagaan rapi
- Lemak tidak bercantum dengan isi
- Tekstur isi kurang melekit dan tidak berminyak
Secara keseluruhan, ikan patin sungai sering menjadi pilihan mereka yang mahukan rasa lebih “clean” dan tidak terlalu hanyir.
2. Ikan Patin Kolam
Berbeza pula dengan ikan patin kolam yang dibela di kawasan tertutup di atas darat:
- Air kolam tidak mengalir semula jadi, biasanya guna pam untuk pertukaran air
- Isi boleh mempunyai bau hanyir jika tidak dijaga dengan baik
- Saiz biasanya lebih kecil
- Warna isi berbeza berbanding patin sungai
- Lebih banyak lemak
- Dijual pada harga lebih murah
- Lemak bercantum dengan isi
- Tekstur lebih berminyak dan agak melekit
Disebabkan faktor ini, ada sesetengah orang kurang gemar ikan patin kolam kerana bau dan teksturnya yang berbeza.
Kenapa Ramai Lebih Suka Patin Sungai?
Bagi penggemar ikan patin, patin sungai sering dianggap lebih “selamat” dari segi rasa. Isi yang lebih pejal, kurang lemak dan tidak terlalu hanyir menjadikannya pilihan utama untuk masakan seperti gulai tempoyak.
Sama ada ikan patin sungai atau ikan patin kolam, kedua-duanya tetap boleh menjadi hidangan yang sedap jika dipilih dan dimasak dengan betul. Cuma, masing-masing ada kelebihan tersendiri dari segi rasa, tekstur dan harga.
Kalau anda lebih suka isi yang padat, kurang lemak dan tidak hanyir, ikan patin sungai mungkin pilihan terbaik. Tapi kalau nak jimat dan mudah dapat, ikan patin kolam pun masih boleh dinikmati.
Sumber: Mazli Mashudi, AzZainMart
Baca juga: Selalu Nampak Tapi Tak Tahu Fungsi, Ini Rahsia Gula Batu Dalam Masakan Yang Kita Tak Sedar
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














