cara pilih bendi

Cara pilih bendi yang betul sebenarnya boleh buat banyak beza pada rasa masakan kita. Kalau tersalah pilih, bendi boleh jadi keras, liat atau terlalu lembik bila dimasak. Sebab itu penting untuk tahu ciri-ciri bendi muda supaya hasil masakan lebih sedap, manis dan fresh setiap kali.

Ramai orang masih amalkan cara lama iaitu patahkan hujung bendi di pasar untuk tengok sama ada ia muda atau tidak. Walaupun nampak biasa, cara ini sebenarnya boleh merosakkan bendi dan kurang elok untuk peniaga. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah  untuk kenal bendi muda tanpa perlu merosakkannya.

Dengan sedikit pemerhatian pada lubang kecil pada bahagian pangkal bendi, kita dah boleh bezakan mana yang muda dan mana yang dah tua. Bila dah tahu teknik asas ini, lebih mudah untuk pilih bendi yang sesuai ikut jenis masakan sama ada untuk celur, tumis atau masak berkuah.

Baca juga: Tips Halau Lalat Guna Serai, Tak Sangka Boleh Buat Semua ‘Cabut Lari’ Dari Rumah

CARA PILIH BENDI MENGIKUT SAIZ LUBANG PADA TANGKAI

Berdasarkan gambar rujukan di bawah, terdapat empat fasa kematangan bendi yang boleh kita kenal pasti:

cara pilih bendi

1. No 1: Tiada Lubang (Sangat Muda)

Ini adalah gred paling ‘premium’ kalau anda jenis hantu ulam. Bendi dalam kategori ini sangat muda, rasanya manis dan rangup. Sesuai untuk dicelur buat ulam, cicah budu, atau sambal belacan.

Nota: Tak sesuai masuk dalam kari atau asam pedas sebab ia terlalu lembut dan cepat pecah/lembik bila dimasak lama.

2. No 2: Lubang Saiz Jarum (Sedang Elok)

Kalau anda nak masak lauk berkuah, cari bendi yang ada lubang kecil sebesar saiz jarum pada tangkainya. Ini adalah tahap kematangan yang paling seimbang.

Sesuai untuk masak kari, asam pedas, atau goreng belacan. Ia tak mudah hancur dan teksturnya masih lembut bila digigit.

3. No 3 & 4: Lubang Saiz Mata Pen & Lidi Sate (Tua & Keras)

Inilah bendi yang selalu buat kita kecewa bila balik rumah. Kalau nampak lubang di tangkai tu dah besar macam mata pen atau saiz lidi sate, maknanya bendi tu dah tua.

Status: Dah berkayu dan keras. Walaupun korang rebus sampai setahun, ia tetap liat dan susah nak dikunyah. Kalau nampak yang macam ni, baik tinggalkan saja!

Sumber: Thread

Baca juga: Hanya Perlu Tengok ‘Bahagian Ini’, Rupanya Mudah Sangat Nak Pilih Buah Oren Manis & Berjus!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN