mihun goreng singapore

Kalau tengah buntu nak masak apa, mihun goreng Singapore memang antara menu paling mudah dan cepat disediakan. Tak perlu bahan yang terlalu banyak, tapi hasil dia memang puas hati dan sedap dimakan panas-panas.

Menu ini juga sesuai sangat untuk hari sibuk sebab penyediaannya ringkas. Cuma tumis bahan-bahan asas, masukkan ayam dan sayur, kemudian gaulkan dengan mihun sampai sebati. Lagi sedap bila letak bawang goreng dan daun bawang sebagai penambah rasa.

Menariknya resipi mihun goreng ala Singapore ini, rasanya cukup lengkap kerana ada pedas sikit, wangi serai dan penuh rasa daripada sos tiram serta pati ikan bilis. Memang sekali cuba, confirm nak masak lagi!

Baca juga: Rahsia Kek Sarang Semut Berongga & Bersarang Cantik Macam INI, Tak Perlu Perap Pun Menjadi!

RESIPI MIHUN GORENG SINGAPORE

mihun goreng singapore

Bahan-bahan:

  • Mihun/bihun (direndam hingga lembut)
  • Telur
  • Isi ayam
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawang holland
  • Cili
  • Serai
  • Sayur campur
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Pati ikan bilis
  • Serbuk lada hitam
  • Air
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Tauge (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur hancur. Bila dah masak, angkat dan asingkan dahulu.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang holland, cili dan serai hingga naik bau.
  3. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ayam nampak sedikit masak.
  4. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan gaul rata.
  5. Tambahkan sos tiram, garam, gula, pati ikan bilis dan serbuk lada hitam. Kacau hingga semuanya sebati.
  6. Masukkan mihun yang telah direndam lembut dan gaul bersama bahan tumisan.
  7. Tambahkan sedikit air dan terus gaul perlahan-lahan. Jika mihun masih keras, boleh tambah lagi air sedikit demi sedikit sehingga teksturnya lembut.
  8. Masukkan semula telur hancur dan gaul rata.
  9. Siap dihidang bersama bawang goreng, daun bawang dan tauge jika suka.

Sumber: Thread @ntsmncp

Baca juga: Resipi Tomyam Ikan Siakap Padu, Kuah Masam Pedas Menyengat & Pasti Membuka Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN