resepi sambal totok jawa

Resepi sambal totok jawa memang antara sambal kampung yang simple tapi rasa dia cukup “kick”, lebih-lebih lagi bila digabung dengan ikan bilis rangup. Sambal totok jawa ini biasanya jadi penyelamat bila tak ada lauk lain di rumah.

Biasanya sambal ini dibuat bila nak cepat tapi masih nak rasa pedas, masin dan wangi. Gabungan bawang, cili, belacan dan limau nipis memang buatkan aroma dia lagi menyelerakan. Makan dengan nasi panas dan telur goreng pun dah sedap sampai bertambah.

Kalau anda suka sambal yang ditumbuk kasar-kasar, jenis tak terlalu lumat tapi masih bertekstur, resipi ini memang sesuai sangat dicuba. Sekali buat, memang boleh ulang banyak kali sebab senang dan tak renyah pun.

Baca juga: Rahsia Buat Sambal Belacan Ala Kenduri Kelantan, Pedas Manis ‘Surrr’ Buat Berpeluh Bila Makan!

RESEPI SAMBAL TOTOK JAWA

resepi sambal totok jawa

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cabai kembong (ikut tahap pedas)
  • Cabai merah / cabai hijau (ikut suka)
  • Sedikit belacan
  • Limau nipis atau limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan dahulu.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng bawang besar, bawang putih, cabai kembong, cabai merah/hijau dan sedikit belacan sehingga layu dan naik bau.
  3. Angkat bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam lesung. Tumbuk kasar-kasar sahaja, jangan sampai terlalu lumat.
  4. Masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa. Gaul sebati.
  5. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi, kemudian tumbuk perlahan supaya ikan bilis tak hancur sangat.
  6. Akhir sekali, perah limau nipis atau limau kasturi untuk bagi rasa segar dan seimbang. Gaul rata.

Sumber: Thread @nooridayu305

Baca juga: Resipi Sambal Cili Padi Kampung Padu Untuk Ayam Geprek, Pedas Sampai Berpeluh!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN